Home BISNES Tips mencari idea untuk menulis blog

Tips mencari idea untuk menulis blog

1842
23
SHARE
tips tulis blog

Sebagai seorang blogger atau penulis separuh/sepenuh masa mereka tidak akan lari dari masalah kekeringan idea untuk menulis. Sebenarnya masalah ini dapat di atasi dengan beberapa cara yang mudah, antaranya dengan cara:

Menulis tentang isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

contohnya dengan membaca surat khabar, berita di TV, radio dan sebagainya. Pelayar internet kebanyakkannya lebih gemar mencari sumber-sumber isu semasa di internet.

Menceritakan pengalaman diri sendiri.

buat satu artikel perkongsian pengalama anda yang dapat memberi mengajaran atau bermanfaat untuk orang lain. samada yang baik atau sebaliknya.

Membaca status rakan-rakan di Facebook

Ramai rakan-rakan kita di facebook suka bercerita atau bertanya pelbagai soalan di wall masing-masing. Cuba anda fahamkan dan buat satu huraian ringkas tentang persoalan atau apa saja yang mereka post di status mereka.

Layari blog-blog yang sama topik dengan blog anda. 

Cari beberapa blog yang sama topik dengan blog anda, pilih salah satu artikel yang sesuai dan buat satu rumusan tentang artikel itu mengikut kefahaman anda sendiri. (Jangan copy paste ok) Anda boleh tambah lagi dengan idea anda sendiri insyaallah.

Sediakan buku nota kecil 

Teknik ini jarang orang amalkan, mungkin sebab rasa leceh nk bawak buku kemana2.. sekarang ni kan dunia semakin maju dengan lahirnya pelbagai jenis gadjet, tiada alasan lagi untuk anda.  Idea ini kadang-kadang datang tanpa di duga, ia akan hilang jika tidak di catatkan,jadi jika ada saje sebarang idea yang terlintas di fikiran cepat-cepat catatkan dalam buku kecil ini atau tulis je dalam hp anda pun boleh.

Gambar-gambar menarik

Dengan melihat beberapa gambar yang menarik perhatian anda, kemudian ceritakan apa yang tersirat dan tersurat pada gambar tersebut. Lebih mudah lagi jika anda mempunyai sebuah kamera untuk merakamkan apa saje yng berlaku di sekeliling kte.

Jika anda juga ada sebarang tips tambahan di persilakan post di ruangan kmen di bwah ini ye.

23 COMMENTS

  1. Saya plak kalau kering idea, ambil kunci motor then jalan.. dapat idea… satu lg cara saya kalau dah xde mood buat entry saya layan movie… (yg nie jangan ikut) 😛

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here