Raudah Ramadhan Bersama Anak-Anak Yatim Gombak alhamdulilah Terbaek Network berpeluang menjadi sukarelawan Raudah Ramadhan Bersama Anak-Anak Yatim Al Nasuha Gombak yang dianjurkan oleh Harian Islam dan kerjasama UPGX.
Alhamdulilah semua sukarelawan telah diberikan tugas untuk menjalankan kerja masing masing dengan mudah dan semua sukarelawan mesra bergaul korang Awesome!! 🙂 jom kita tengok gelagat dan kerenah dorang…..
Tak lupa juga Sponser makanan berbuka puasa Katering Anggerik Sate Sdn Bhd semoga murah rezeki mereka yang telah sponser dan penaja.
Alhamdulilah setelah selesai semua sukarelawan mencuci lantai dan mengemop dengan bersih untuk memudahkan Anak-anak yatim membuat kerja beliau dengan senang dan selesa 🙂
Sambil sukarelawan mencuci dan mengemas sebahagian sukarelawan membuat permainan dengan anak yatim di dewan untuk memudahkan kerja sukarelawan.
Alahai comelnya budak ni buat muka plak die ye hehe…..kawan die semua duk fokus ngn cikgu die fokus kt kamera plak tu hehehe….
Alhamdulilah Selesai semua tugas yang telah diberikan sukarelawan solat dan buat persiapan untuk berbuka bersama Raudah Ramadhan Bersama Anak-Anak Yatim Gombak buka puasa yang di taja oleh Katering Anggerik Sate Sdn Bhd.
Deen Hot Fm juga hadir untuk meriahkan majlis dan bermesra bersama anak yatim al nasuha walaupun beliau sibuk dengan kerja alhamdulilah sibuk bukan penghalang beliau untuk datang bersama dengan anak yatim al nasuha gombak.
Dan juga hadiah buah tangan dari sukarelawan dan Duit Raya untuk Anak yatim disediakan, dengar sahaja duit raya seronok dorang macam kita dulu kecil kan….
Alhamdulilah Raudah Ramadhan Bersama Anak-Anak Yatim Gombak berjalan dengan jayanya bersama sukarelawan yang Awesome Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing sedih gembira semua ada anak anak yatim sini semua best hehe.
InsyAllah Umur panjang murah rezeki kita akan berjumpa lagi dengan Raudah Ramadhan Bersama Anak-Anak Yatim Gombak Terima kasih harian islam dan badan badan sukarelawan yang terlibat 🙂
Nikmatnya dapat membantu anak-anak yatim. Semoga tuan berjaya di dunia dan akhirat. Amin
alhamdulilah semoga tuan pn murah rezeki amin
Alhamdulillah.semoga amalan yang dibuat di dunia menjadi saham kita di akhirat kelak.amin. 🙂
alhamdulillah..korang semua dah memberi sinar kepada anak-anak ini
Assalamualaikum. alhamdullilah. kalau ada gotong royong camni, jangan lupa bagitau sheila yaa… semoga depa semua sihat walafiat dan sukses dalam hidup. insyallah 🙂
Assalamualaikum. alhamdullilah. lain kali ajak sheila sekali yeeeeeeeee 🙂
comelnya anak2 di rumah anak yatim ni 🙂
Sesungguhnya Apa yg kita sumbangkan di Dunia, klw tak dapat balasan di Dunia di Akhirat Sudah Pasti akan dapat.
Semoga Allah s.w.t Mencucuri Rahmatnya kepada Orang yg berhati Mulia membantu Anak Yatim & Fakir Miskin.