Home HIBURAN Qi Razali Mengaku Bercinta Dengan Nelydia Senrose

Qi Razali Mengaku Bercinta Dengan Nelydia Senrose

944
2
SHARE
Qi Razali Mengaku Bercinta Dengan Nelydia Senrose

“Saya dapat tahu Qi buat kenyataan kepada pihak media dengan sendiri. Dia tak beritahu saya pun tentang ini. Bagaimanapun, saya tidak marah dengan dia. Sebaliknya, saya rasa dihargai dan gembira. Memanglah, kalau boleh saya tidak mahu kisah kami berdua digembar-gemburkan, tetapi Qi sudah pun buat pengakuan,” ujar Nelydia Senrose apabila diminta mengulas lanjut tentang pengakuan Qi Razali tentang hubungan cinta mereka.

“Bagaimanapun biarlah percintaan kami berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang,” ujar Qi Razali kepada mStar Online hari ini.

Nelydia Senrose Tak Tahu Langsung Qi Razali Mengaku Bercinta

 

 
“Qi memang ada berbincang dengan saya tentang perkahwinan. Saya faham dengan situasi Qi kerana dia bukannya muda lagi. Dengan usianya sekarang ini (35 tahun), memanglah dia sudah berfikir tentang kahwin. Saya baru berusia 19 tahun dan masih belum menamatkan pelajaran. Kalau sudah tertulis saya akan berkahwin awal, saya akan kahwin awal. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Kalau memang saya ditakdirkan menjadi isteri dia, saya pasti akan berkahwin dengan dia juga,” luah Nelydia.

Dalam perkembangan lain, Nelydia kini sibuk menjalani penggambaran drama ‘Syurga Tanpa Bidadari’ yang akan bersiaran di TV3 bermula 14 Ogos hadapan. Pada 17 Julai ini pula, Nelydia akan masuk ke set penggambaran ‘Setia Hujung Nyawa Raya’.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here