Home BISNES Kesan Buruk Shisha

Kesan Buruk Shisha

1464
0
SHARE

Tahukah anda apa itu Shisha? Shisha nih panggilan dalam bahasa Arab. Kalau di India nama panggilannya Hookah. Maksudnya ‘waterpipe‘. Kononnya trend Shisha ni adalah alternatif bagi penggemar rokok. Yelah, rokok kan bahaya, banyak nikotin & racun2 yang seumpamanya. Shisha tak bahaya ker?

Dulu masa trend hisap Shisha mula diperkenalkan di Malaysia rasanya ramai yang tak menganggapnya bahaya kan. Yelah, asapnya pun tak ada la busuk macam asap rokok tuh, berperisa-perisa pulak lagi. Ada Strawberry, Coke, Vanilla, dan sebagainya. Tu yang sampai ramai yang beralih pada Shisha. Bukan setakat perokok jer. Bukan perokok pun dah terjebak. Dah tak kira laki atau perempuan dah berkepul2 asap keluar dari mulut sebab hisap Shisha ni. Tapi bila ada fakta & kajian yang dah menunjukkan Kesan Bahaya Shisha 400 kali lebih bahaya dari Rokok..kesan setiap sesi Shisha sama seperti merokok lebih 50 kali..ramai penggemarnya dah tersentak! Btol ker?

KESAN BURUK SHISHA

Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.

Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.

Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.

p/s – Shisha ker Rokok ker..katakan jer TAK NAK! kan senang..tak pun haramkan jer kedua2nya. Apa kata anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here