Home Uncategorized Arab Saudi, UAE dan Syria Mengalukan Rampasan Kuasa Mesir

Arab Saudi, UAE dan Syria Mengalukan Rampasan Kuasa Mesir

827
1
SHARE

Negara-negara Arab menunjukkan persefahaman yang jarang-jarang dilakukan dalam tempoh terdekat ini apabila mereka bersatu mengalu-alukan rampasan kuasa terhadap pemerintahan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang di pimpin Dr Morsi. Pemerintahan Dr Morsi menghadapi banyak kesukaran kerana menghadapi berbagai-bagai pengkhianatan dalam pentadbirannya dalam semua bidang terutamanya oleh badan kehakiman dan juga ekonomi.

Ucapan Tahniah Dari Negara Arab Terhadap Rampasan Kuasa

Raja Arab Saudi, Abdullah, antara pemimpin arab yang terawal mengucapkan tahniah atas rampasan kuasa tersebut. Dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat kesukaran dalam sejarah bangsa Mesir.

“Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang genting dalam sejarahnya,” kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA.

“Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir,” kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam.

Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan “kebijaksanaan” dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari “kesan-kesan yang tak dapat diramalkan”.

Manakala Presiden Syria, Bashar al-Assad pula memuji penentangan terhadap pemimpin mereka, dan mengatakan rakyat Mesir telah menemui “penipuan” oleh Ikhwan Muslimin.

“Keadaan yang telah berlaku di Mesir merupakan kejatuhan kononnya politik Islam,” Assad berkata dalam temuramah media kerajaan Al-Thawra.

Antara yang paling gembira juga, merupakan negara yang paling kuat menentang Ikhwanul Muslimin ialah UAE. UAE menyediakan pasukan keselamatan yang khusus untuk menangani gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah Lt General Dahi Khalfan Tamim. Inilah sandiwara negara arab yang menyatakan kononnya mereka berjuang untuk membebaskan Baitul Muqaddis padahal pada masa yang sama merekamengekang pengaruh gerakan Islam!

UAE mengalu-alukan rampasan kuasa di Mesir itu mengikut lapuran agensi berita rasmi kerajaan WAM dan memuji pasukan tentera Mesir.

“Yang Terutama Abdullah bin Zayed al-Nahayan, Menteri Luar UAE, mengatakan beliau yakin bahawa rakyat Mesir akan dapat menghadapi keadaan sukar yang di hadapi oleh Mesir sekarang ini,” menurut lapuran dari WAM itu lagi.

Penyokong Morsi Berikrar Berjuang Hingga Syahid

Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut.

Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar.

Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.

Arab Saudi, UAE dan Syria Mengalukan Rampasan Kuasa Mesir

Para pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka. Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

Amanat Terakhir Dr Morsi :

Sesungguhnya,

Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!

Bemulanya Penangkapan Besar-besaran Terhadap Pimpinan Islam

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad. Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Dua pemimpin kanan Ikhwan juga turut ditangkapa, iaitu Saad al-Katami, Ketua parti FJP – sayap politik Ikhwan, dan Rashad Bayoumi, merupakan timbalan kepada gerakan Ikhwan juga turut di tangkap.

Manakala mengikut lapuran akhbar Mesir Al-Ahram, sebanyak 300 waran tangkap telah dikeluarkan terhadap anggota Ikhwan.
http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/world/7514-saudi-arabia-uae-and-syria-united-in-welcoming-egypt-coup.html
http://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2013/07/04/Saudi-king-congratulates-Egypt-new-interim-president.html
http://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2013/07/04/Egyptian-authorities-arrest-top-Islamists-close-to-Mursi.html

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here