Home HIBURAN Sharnaaz Ahmad sangkal dakwaan sudah temui cinta baru

Sharnaaz Ahmad sangkal dakwaan sudah temui cinta baru

808
0
SHARE

Aktor popular Sharnaaz Ahmad menyangkal dakwaan ramai yang mengatakan dia sedang bercinta dengan aktres baru dari Singapura, Elza al-Haq.

“Saya mengenali Elza sebagai rakan artis kerana kami sama-sama berlakon berlakon drama “Mukhlis”. Namun kami bukannya bercinta seperti yang diperkatakan.

“Teman media sedia maklum, saya jenis berterus-terang dan terbuka dalam soal persahabatan. Jadi dengan Elza, memang tiada apa-apa hubungan selain sebagai kawan,” ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro.

Terdahulu aktor berusia 27 tahun pernah menjalin hubungan cinta dengan pelantun lagu “Patah Seribu”, Shila Amzah sehingga timbul kontroversi dan kemelut dengan bapa penyanyi muda itu, ND Lala.

Tambah Sharnaaz lagi, rezekinya dalam bidang lakonan semakin murah dan banyak menerima tawaran semenjak putus cinta, sekaligus ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier yang dianggap lebih penting untuk kehidupannya sekarang.

sharnaaz shila

Sharnaaz Ahmad pernah terlibat dalam kemelut dengan
bapa kepada Shila Amzah, ND Lala.

“Alhamdulillah, selepas kontroversi tersebut semakin banyak tawaran filem dan drama untuk saya. Mereka melihat saya sebagai seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan ia memang perangai saya sejak dulu.

“Fokus saya sekarang hanya untuk memantapkan lagi karier saya sebagai pelakon. Saya mahu beri tumpuan kerana ini sumber rezeki saya.

“Soal jodoh, saya terima siapa saja, tetapi bukan dalam masa terdekat,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan ke Sabah dan Kalimantan untuk penggambaran filem terbarunya, “Sindiket” yang diarahkan oleh Bade Azmi.

“Ini adalah kali pertama saya dapat bekerjasama dengan Bade dan saya menganggap ia satu peluang yang cukup baik buat saya,” katanya.

Sharnaaz bakal memegang watak seorang anggota polis bernama Inspektor Rudy yang ditugaskan menyelesaikan kes perdagangan manusia.

Selain Sharnaaz, antara pelakon lain yang akan membintangi “Sindiket” adalah Daphne Iking, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Soo Wincci dan Rashidi Ishak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here