Home HIBURAN Sharifah Sakinah bercinta dengan anak Erma Fatima

Sharifah Sakinah bercinta dengan anak Erma Fatima

868
0
SHARE

Aktres baru Sharifah Sakinah yang dilanda kontroversi gara-gara video ‘nakal’ baru-baru ini mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak lelaki pengarah terkenal Erma Fatima, Mohd Syamiel Equan.

“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah pun bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow,” kata Sakinah seperti dipetik daripada Media Hiburan.

Seringkali dilihat seperti kurang serius, Sakinah turut ditanya bagaimanakah sikapnya dalam hubungan cinta dengan jejaka berusia 22 tahun itu.

 

sakinah syamiel

Sharifah Sakinah akui hubungan cintanya bersama Mohd Syamiel Equan
sudah terjalin sejak tahun lalu.

Jelasnya, “Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma kali ini kisah percintaan saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima.”

Nama adik kepada pengacara dan pelakon komedi Sharifah Shahira ini hangat diperkatakan baru-baru ini selepas dia memuat naik satu video ‘nakal’ di laman Keek sehingga menyebabkan dia dicemuh hebat.

Walaupun telah memohon maaf, Sakinah tetap menunjukkan keberaniannya dengan memuat naik beberapa video lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here