Home HIBURAN Najwa Latiff Akan Sambung Belajar Di UNITAR

Najwa Latiff Akan Sambung Belajar Di UNITAR

919
0
SHARE

Berbekalkan 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penyanyi yang terkenal menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latiff Akan Sambung Belajar Di UNITAR International University sebagai universiti pilihannya bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Foundation in Management.

Menerusi kemasukan Najwa di universiti terkemuka itu, pihak UNITAR berbesar hati melantik penyanyi tersebut sebagai duta mereka dan sekaligus memilih Najwa sebagai ikon belia terbaik untuk mempromosikan jenama universiti berkenaan dikalangan remaja masa kini.

Najwa Latiff Akan Sambung Belajar Di UNITAR

Kad pelajar Najwa Latiff

Kami gembira kerana Najwa Latiff telah memilih kami sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran. Dengan profil beliau di kalangan belia, dia adalah duta besar untuk mempromosikan universiti dan juga jenama baru kami di Kelana Jaya mulai bulan September ini. – Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Capital Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi.

Dalam pada itu, menerusi laman Twitter Najwa sendiri, penyanyi tersebut telah mula memuat naik sekeping foto kad pelajarnya dengan caption berbunyi :

Bismillah and the journey starts 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here