Home HIBURAN Nad Zainal nafi intim dengan Shah Iskandar

Nad Zainal nafi intim dengan Shah Iskandar

913
0
SHARE

Baru-baru ini telah timbul spekulasi yang mengatakan pelakon baru yang kini semakin dikenali, Nad Zainal intim dengan pelakon kacak, Shah Iskandar.

Walaupun Nad mengakui dirinya sudah berpunya, namun spekulasi yang mengatakan Nad menjalin hubungan dengan pelakon kelahiran Singapura tersebut timbul selepas mereka bergandingan dalam sebuah drama “Seindah Sabar’, malah turut memuat naik beberapa foto mesra mereka di laman Instagram.

Namun menurut laporan dari mStar, Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 31, menyangkal spekulasi tersebut dan berkata dia dan aktres berusia 23 tahun itu hanya sekadar rakan artis dan tidak lebih daripada itu.

“Saya tidak ada pun nombor telefon Nad dan kami hanya berkomunikasi melalui laman social Twitter dan WeChat sahaja.

Shah Iskandar

“Lagi pun saya kenal teman lelaki dia kerana Nad pernah membawanya ke lokasi dan lelaki itu seorang yang baik dan agak pendiam.”

Tambah Shah lagi, dia tidak mahu spekulasi tersebut menjejaskan hubungan Nad dan kekasihnya kelak.

“Saya tidak mahu ada masalah dengan teman lelaki dia, nanti tidak pasal-pasal kami bermasam muka pula.”

shah iskandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here