Home HIBURAN Majlis Pernikahan Beego & Linda Hashim

Majlis Pernikahan Beego & Linda Hashim

825
0
SHARE

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim selamat diijabkabulkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, selepas solat Isyak sebentar tadi sekitar jam 9.25 malam.

Dalam majlis akad nikah tersebut, Linda Hashim, atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran sebanyak RM35,000.

Mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Wahab sambil disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Ysuof.

Pihak perempuan telah menerima 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, sepasang kasut, seutas jam, sebentuk cincin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.

beego_dan_linda_hashim

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here