Home HIBURAN Kerana Adik, Shila Amzah Mengamuk Di Twitter!

Kerana Adik, Shila Amzah Mengamuk Di Twitter!

1304
1
SHARE

Nama puteri bongsu kepada ND Lala iaitu Syada tidaklah sepopular atau semegah puteri sulung, Shila Amzah. Namun, kelibat Syaada dalam industri seni hiburan tidaklah semata-mata menumpang populariti kakaknya yang kini sangat popular di China.

Ia terbukti apabila Syaada pernah menjadi peserta dalam program realiti nyanyian kanak-kanak iaitu Idola Kecil. Sungguhpun Syaada belum memiliki single atau lagu sendiri, minatnya dalam bidang nyanyian cukup mendalam, sama seperti kakaknya itu.

Malah, Syaada juga banyak menonjolkan bakatnya menerusi laman youtube. Pun begitu, masih ada yang prasangka dan iri hati dengan menuduh Syaada sebagai gadis yang glamor.

sebaik saja Syaada mengambil anugerah di trofi kemenangan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 , menggantikan Shila yang berada di luar negara, Syaada telah dicemuh dan dikatakan berangan.

Terbaru, Shila Amzah pula telah naik angin dan marah-marah di laman twitter peribadinya kerana Syaada. Namun, jangan salah anggap, Shila bukannya mengamuk kerana Syaada buat salah tetapi Shila marah kerana membela adiknya yang menjadi mangsa keadaan.

Punca Shila naik angin tidak pula diketahui. Namun, silalah tatap status Shila yang berunsur kemarahan.

1. Awk la sakai itu,tq:)RT @FaizalSahar: #SyadaAmzahFollowBackSpree- Trending plg noob. Sumpai keterserlahan sakai bdk ni. Cc @Shilaamzah

2. Well syada is my sister,dia tak minta pun trending,biar je la dia.. Tak suka Diam sudah,byk bunyi la lepas tu hina org.. Elok la tu. Salam.

3. Yang men-trendingkan tu korang. Takkan la dia sorang boleh trending kan diri sendiri. Idiots.

4. Tak baik panggil org macam tu,k RT @FaizalSahar: @Shilaamzah Just kiding kak just gurau tomahan semata tanpa propa =,=

5.Still a human being though:)RT @TimmyRitter: @Shilaamzah don’t be so emotional, you’re an artist right? Keep to the code, patience

6.Aku poyo ke apa ke yang penting aku nak protect adik aku.. Kau sekuman pun tak bagi kesan lah dalam hidup kami. Salam

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here