Home HIBURAN Cara Syaitan Menggoda anda ketika didalam Solat

Cara Syaitan Menggoda anda ketika didalam Solat

1351
2
SHARE

Syaitan ini memang ditugaskan untuk menyesatkan seluruh umat Nabi Adam sejak lahir lagi sehingga lah hari kiamat. Dia akan sentiasa mencari ruang untuk menggoda kita melakukan maksiat dan lalai dengan perintah Allah, tidak kira dalam keadaan apa sekali pun termasuklah ketika didalam solat.

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Apabila azan dilaungkan untuk bersembahyang, syaitan akan lari kebelakang dalam keadaan terkentut-kentut supaya tidak mendengar suara azan. Kemudian apabila azan selesai dia akan datang semula.

godaan setan-wt


Begitu juga apabila Iqamat dilaungkan, dia akan lari kebelakang dan apabila Iqamat selesai, dia akan datang semula untuk menimbulkan was-was didalam hati orang yang bersembahyang.
Dia akan berkata: Ingatlah itu! Ingatlah ini! Sehingga perkara-perkara yang tidak terfikir sebelumnya. Dan sehingga orang itu tidak dapat mengingati berapa bilangan rakaat yang telah berlalu (H.R. Muslim). Pernah tidak anda mengalaminya..??

ditulis oleh : broFami

2 COMMENTS

  1. Yalah…syaitan dan iblis akan mengoda setiap masa, tiba aje waktu solat, ada2 aje benda lain nak di buat hingga boleh melupakan perkara yg wajib spt solat. Sebab tulah Nabi Kita Muhammmad s.a.w selalu berpesan untuk solat berjemaah…bila solat berseorangan..kita mudah lalai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here