Home HIBURAN Black Mentor Hampir Putus Tunang Terkena Buatan Orang

Black Mentor Hampir Putus Tunang Terkena Buatan Orang

879
0
SHARE

Seperti pasangan lain, bekas peserta program televisyen realiti “Mentor”, Black turut tidak terlepas daripada dilanda dugaan bertunang.

Black yang telah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Cira Khairi pada 26 Januari lalu mengakui hubungan mereka hampir saja terputus gara-gara mereka terkena buatan orang.

Dipetik daripada laporan Berita Harian, Black memberitahu sebulan selepas ikatan dimeterai, dia dan Cira seringkali bertengkar dan berselisihan faham walaupun disebabkan kesilapan kecil sehinggalah satu pergaduhan besar membuatkan penyanyi berusia 26 tahun ini bertindak menemui pakar rawatan alternatif.

“Sebab itu saya tidak mahu menonjolkan dirinya kepada umum. Kami bergaduh sampai ke tahap masing-masing sudah tiada perasaan dan hampir sahaja memutuskan pertunangan. Saya tidak tahu siapa yang lakukan tetapi saya diberitahu, orang yang melakukannya ialah orang yang dikenali.

black mentor hampir putus tunang kerana buatan orang

“Saya tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan sesiapa. Namun apa yang berlaku, mungkin ada hikmahnya,” ujarnya.

Bercerita tentang hala tuju hubungan mereka, Black yang sudah bersedia untuk bergelar suami memberitahu dia akan membuat pengumuman tarikh akad nikah pada sidang media yang bakal diadakan 3 Julai nanti.

Walaubagaimanapun Black turut berkongsi bahawa persiapan perkahwinan yang dijangka berlangsung Aidilfitri ini sudah siap 70 peratus.

black cira tunang beliau

Black telah merahsiakan pertunangannya yang berlangsung pada 26 Januari lalu.

“Apa yang penting bagi saya, selesai yang wajib (akad nikah) dulu. Sebelum puasa, saya akan menghadiri kursus kahwin dan menyudahkan beberapa lagi urusan termasuk hantaran kerana masa semakin suntuk,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Black bakal muncul dengan dua lagu single terbaru, “Puisi Sang Dewi” dan “Takkan Terpisah” tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here