Home HIBURAN Ashraf Muslim letak jawatan sebagai pengamal perubatan Islam

Ashraf Muslim letak jawatan sebagai pengamal perubatan Islam

1085
0
SHARE

Selepas kisah rumah tangganya menjadi bualan hangat bulan lalu, pelakon Ashraf Muslim dilaporkan sudah meletakkan jawatan daripada menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah sejak 2 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Rawatan Islam Al Hidayah di laman sesawang rasmi mereka, Ashraf turut meletak jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

“Untuk makluman semua, mulai 2 Jun 2013, Mohd Ashraf Muslim tidak lagi menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Beliau juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.”

Sebab sebenar tindakan ini dilakukan tidak diketahui, walaupun ada yang membuat andaian ia berkaitan dengan isu rumah tangganya.

Sebelum ini Ashraf menjadi perhatian apabila dikatakan bakal berkahwin dua dengan seorang wanita bernama Sakinah. Walaubagaimanapun sehingga kini, Ashraf masih belum tampil memberi sebarang kenyataan.

Ashraf dan isterinya, Noor Dayana telah berkahwin pada 30 Ogos 2011 di kota Mekah.

ashraf_muslim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here