Home TEKNOLOGI Ucapan Selamat Hari Guru 16 Mei 2013 tema 1Aspirasi 1Agenda

Ucapan Selamat Hari Guru 16 Mei 2013 tema 1Aspirasi 1Agenda

901
0
SHARE

Najwa Latif ingin mengucapkan Selamat Hari guru dan terima kasih Guru bersama-sama Upin & Ipin.. Comel sangat jom tengok video clip lagunya di sini……

 

Pergi pagi balik petang
Pegi petang balik malam
Kerja guru tak pernah kurang
Sampai mata dah naik lebam…

Hidup ini sangat susah
Bila kerja sentiasa di arah
Pelajar melawan guru dibelasah
Pelajar gagal guru di marah….

Pelajarnya melayu, india dan cina
Setiap hari mesti di selia
Biar dicaci biar dihina
Tugas guru tetap mulia…

Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia
Dari kecil diasuh guru
Agar dewasa menjadi manusia…

Hendak berburu ke luar kota
Seluas alam bumi terentang
Tanpa guru siapalah kita
Ibarat malam tanpa bintang….

Jalan ke barat berpilin-pilin
Cuaca redup menawar duka
Guru ibarat cahaya lilin
Menyuluh hidup tiap ketika…

Meski Utarid kabur pandangnya
Hanya percaya kuasa Tuhan
Kasih murid akan gurunya
Gapai jaya di hari depan….

Putik baru mekar di laman
Kembang kudup kumbang terpikat
Hargai guru sepanjang zaman
Agar hidup beroleh berkat.

HIDUP CIKGU..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here