Home HIBURAN Son Ho-young stabil selepas cubaan bunuh diri gagal

Son Ho-young stabil selepas cubaan bunuh diri gagal

746
2
SHARE

Pihak pengurusan hospital di mana penyanyi Son Ho-young ditempatkan enggan mengulas lebih lanjut tentang kondisi bekas anggota g.o.d tersebut dan hanya memaklumkan bahawa penyanyi itu sudah makin tenang.

Menurut laman sesawang M Wave, pada 24 Mei lalu, wakil dari hospital memaklumkan, “Keadaan Son Ho-young sudah tidak kritikal lagi. Tapi disebabkan fizikal dan mentalnya masih kurang stabil, kami perlu menahannya di hospital selama dua tiga hari lagi untuk mengawasi keadaannya.”

Bila ditanya sama ada Son Ho-young telah sedar atau ada mengatakan apa-apa, wakil tersebut hanya membalas, “Kami tidak tahu.”

Sementara itu, seorang lagi wakil menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat peribadi pesakit dan meminta agar semua pihak memahami tugas mereka.

Pihak hospital juga memberitahu bahawa mereka sedang cuba untuk mengawal keadaan di hospital sejak kehadiran Son Ho-young di premis tersebut.

sonhoyoungSon Ho-young tertekan selepas teman wanita ditemui mati di dalam kereta
yang didaftarkan atas namanya baru-baru ini.

 

Seorang daripada wakil menjelaskan, “Kami menerima banyak rungutan tentang keadaan yang tidak selesa buat para pesakit lain disebabkan kehadiran begitu ramai yang ingin tahu keadaan Son Ho-young.

“Kami sedar dan faham bahawa anda semua berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang beliau, tapi kami berharap semua faham bagaimana situasi ini memberi kesan kepada para pekerja dan pesakit lain di sini.”

Son Ho-young telah dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak pagi 24 Mei lalu, selepas dikeluarkan dari unit kecemasan.

Bintang nyanyian tersebut dimasukkan ke hospital selepas ditemui berdekatan keretanya yang terbakar dalam satu percubaan bunuh diri yang tidak berhasil.

Tindakannya dikatakan berpunca daripada penemuan mayat bekas teman wanitanya yang dipercayai membunuh diri dalam kereta yang didaftarkan ke atas namanya, selain tuduhan ahli keluarga wanita tersebut dan orang awam bahawa dia menjadi penyebab tindakan membunuh diri tersebut.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here