Home TEKNOLOGI Senarai Harga Terkini telefon pintar Samsung Di Malaysia 2013

Senarai Harga Terkini telefon pintar Samsung Di Malaysia 2013

12340
34
SHARE

Salam semua, hari ini kami ingin berkongsikan dengan anda senarai harga untuk telefon pintar Samsung yang terkini untuk tahun 2013 seperti Samsung Galaxy S4, S3, Galaxy S3 Mini, Samsung Galaxy Note 2 dan beberapa model-model yang lain.

Samsung, sebuah jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi dan ia merupakan jenama telefon pintar nombor 1 di dalam dunia mengalahkan Apple, Sony dan juga HTC. Bagi tahun 2012, laporan menyebut bahawa jenama Samsung terus menguasai pasaran dunia digital, meninggalkan pesaing nya dibelakang.

Harus diingat bahawa harga yang disebut dibawah ini bukan lah harga tetap bagi phone tersebut tetapi lebih kepada anggaran harga berdasarkan pemerhatian di beberapa kedai dan juga jualan secara online. Ianya tidaklah terlalu jauh berbeza berbanding harga sebenar dan boleh dijadikan panduan untuk anda yang ingin memilikinya.

*Harga sebenar mungkin lebih murah atau sedikit mahal bergantung kepada kedai di kawasan masing-masing.

*Telefon Pintar Samsung dengan SME warranty pula adalah jauh lebih mahal berbanding handphone AP set.

SENARAI Telefon Pintar SAMSUNG TERKINI

-Samsung GalaxyGalaxy Grand Duos(i9082) 
8GB AP Set [RM899±]  8GB SME set [RM1048±]

– Samsung Galaxy Note 2
16GB AP Set [ RM 1800± ] 16GB SME Set [ RM 2200± ] 32GB AP Set [ RM 2099± ]

samsung S4

Samsung Galaxy S4
16GB AP Set [RM1980±] 16GB SME Set [ RM 2099± ]

– Samsung Galaxy S3
16GB AP Set [RM 1299±] 16GB SME Set [ RM 1400± ] 32GB AP Set [RM 1600±] 32GB SME Set [ RM 2100± ]

– Samsung Galaxy S3 Mini i8190
AP Set [ RM899± ] SME Set [ RM920± ]

– Samsung Galaxy S Duos i7562
AP Set [RM 650±]

– Samsung Galaxy Note N7000
AP Set [ RM 1450± ] SME Set [ RM 1650± ]

– Samsung Galaxy Nexus
AP Set [RM 980±]

– Samsung Galaxy S2
AP Set [ RM 950± ] SME Set [ RM 1200± ]

– Samsung Galaxy Note 10.1 N8000
AP Set [ RM 1550± ] SME Set [ RM 1700± ]

– Samsung Galaxy S Advance
AP Set [ RM 680± ] SME Set [ RM 890± ]

– Samsung Galaxy Pocket
AP Set [ RM 230±]

– Samsung Galaxy Beam
AP Set [ RM 1100± ] SME Set [ RM 1250± ]

– Samsung Galaxy Ace Plus
AP Set [ RM 399± ] SME Set [ RM 580± ]

– Samsung Galaxy Chat
SME Set [ RM 360± ]

– Samsung Galaxy Mini 2
SME Set [ RM 390± ]

– Samsung Galaxy Y
SME Set [ RM 340± ]

– Samsung Galaxy Y Pro
SME Set [ RM 399± ]

lazada.com
Untuk melihat artikel senarai harga smartphone terkini 2012 anda boleh rujuk pada link ini.Harus diingat, anda wajib berhati-hati bagi mengelakkan diri di tipu.Kaji dan ambil tahu dahulu serba sedikit mengenai phone yang anda inginkan kerana ada sesetengah penjual menipu pelanggan dengan menjual set clone / china set tapi dikata original set.

Ikuti panduan Memilih dan Membeli Phone Terbaik yang telah di sediakan bagi membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak.Bagi yang meminati tablet, anda boleh baca artikel Panduan Memilih Tablet, Tablet Android Terbaik.

PERINGATAN

– Harga akan berubah dari masa ke semasa mengikut pasaran dan tawaran [offer] yang dilakukan oleh penjual di kedai masing-masing.

– Senarai harga di atas bukan harga tetap atau harga sebenar akan tetapi lebih kepada anggaran harga pada masa kini.Ianya tak akan lari jauh atau terlalu berbeza.

– Lain tempat lain harga.Jadi kongsikan harga smartphone di tempat korang yang korang tahu di bahagian komen dibawah.Moga bermanfaat.

– Jangan terpedaya dengan harga yang terlalu murah! Sila berhati-hati dan pastikan anda tahu harga sebenar yang sepatutnya.

P/S – JIKA ANDA INGIN MEMBELI HP SECARA ONLINE SEPERTI DI FORUM/WEBSITE/FACEBOOK ATAU TWITTER AMAT-AMAT TIDAK DIGALAKKAN JIKA IANYA DILAKUKAN SECARA PENGEPOSAN. SILA PILIH PENJUAL YANG MENAWARKAN KHIDMAT “CASH ON DELVERY [COD] SAHAJA, UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG PENIPUAN ATAU SCAM

34 COMMENTS

  1. Boleh x Nak tanya sikit, Sony Xperia Z Ultra kalau ikut harga market bpa ?? kalau google harga normal..

    Pecah Kaca Pecah Gelas,
    Sudah Baca Harap Balas. xP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here