Home Uncategorized Lapan didakwa kes PRU-13 hari ini

Lapan didakwa kes PRU-13 hari ini

723
1
SHARE

Jabatan Peguam Negara terima 3,600 laporan polis

Putrajaya: Jabatan Peguam Negara akan mendakwa lapan individu di Mahkamah Majistret hari ini atas pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, berkata mereka akan didakwa mengikut Kanun Keseksaan atas kesalahan seperti menyebabkan kecederaan, melakukan khianat dan bergaduh di tempat awam serta cuba melanggar seorang lelaki berumur 68 tahun dengan motosikal.

 

Setakat ini, Jabatan Peguam Negara tidak menerima laporan berhubung gangguan elektrik yang didakwa berlaku ketika proses pengiraan undi Ahad lalu,” Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Timbalan Peguam Cara Negara II

Beliau berkata seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Tuaran, Sabah; tiga di Mahkamah Majistret Kota Baharu, Kelantan; seorang di Mahkamah Majistret Taiping, Perak dan tiga di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis.

234 kes siasatan lanjut

Jabatan Peguam Negara menerima 3,600 laporan polis berhubung pelbagai kesalahan pilihan raya, katanya pada sidang media di lobi jabatan itu, di sini.

Tun Abdul Majid berkata dari 2 petang kelmarin hingga 2 petang semalam, 234 kes diarahkan siasatan lanjut kerana suspek tidak dikenal pasti dan tiada saksi, manakala 23 kes tiada tindakan lanjut.
Setakat ini, katanya, jabatan itu tidak menerima laporan berhubung gangguan elektrik yang didakwa berlaku ketika proses pengiraan undi Ahad lalu. – BERNAMA

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here