Home HIBURAN ilmu Adalah Untuk Dikongsikan

ilmu Adalah Untuk Dikongsikan

1091
1
SHARE

Alhamdulilah Admin dapat berkesempatan untuk berkongsikan tentang ilmu Adalah untuk Dikongsikan, Agar ilmu yang kita belajari dapat diajar kepada orang yang ingin menuntut ilmu dan belajar tentang apa yang kita mahir

Admin Selalu terfikir anak anak muda belajar tinggi dapat segulung “kertas” yang belajar sampai bertahun lamanya tapi ilmu yang dipelajari tidak digunakan untuk memajukan diri sendiri untuk menjadi orang yang lebih berguna satu hari nanti tp digunakan untuk memajukan perniagaan orang.

Biar kecil manapun ilmu yang kita belajar ilmu yang kita ada janganlah kita simpan sorang-sorang ye. Allah mencipta kita untuk membantu antara satu sama lain dan hidup untuk memberi ilmu

Ilmu tanpa Amal umpama pohon tanpa buahnya begitu juga ilmu yang kita dapat perlukah dikongsikan dengan anak kita satu hari nanti bila kita dah berkeluarga.

tuntutlah ilmu sejauh manapun

Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu agama berdasarkan hadis ke-21:

Pertama – Ilmu-ilmu yang telah ditetapkan Tuhan menjadi asas.
Kedua – Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu.

* Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah:

ayat-ayat al-Quran yang terang nyata dan tidak dimansuhkan hukumnya.
Sunnah atau Hadis Rasulullah SAW yang meliputi perkataannya , perbuatannya , dan taqrirnya (ketiadaan larangannya).
Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya ,yang diputuskan dengan jalan “ijma”(kata sepakat alim ulama) , atau dengan jalan “Qiyas”(bandingan sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya)

*Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu ialah:

Ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan kehendak-kehendak tata bahasa dan kesusasteraan Arab, juga yang ada hubungannya dengan pengertian maksud dan pengambilan hukum-hukum syarak, ilmu perubatan untuk menjaga dan memelihara kesihatan , ilmu kemasyarakatan , pembangunan , perniagaan , perindustrian , pertanian dan sebagainya yang tidak bertentangan dengan syarak.

Sesunguhnya perlulah kita amik pengajaran dari setiap kejadian yang telah berlaku di serata muka bumi ini dengan memikirkan hikmah disebalik terjadinya perkara tersebut.Jangan dilengahkan pengajaran dan perubahan diri ke arah kebaikan kerana masa kembalinya kita kepada Tuhan tidak kita tahu ..bahkan di mana , jam berapa pun tidak mampu untuk kita bongkar.Seharusnya kita dalam waktu ini perlulah mendalami ilmu agama dengan semampunya agar ketakwaan dan lembaran keimanan mampu kita akarkan di dalam hati kita.Mahu tidak mahu, cara ini adalah petua yang penulis rasakan sangat perlu diutamakan dalam pembinaan jati diri sebenar seorang muslim itu sendiri.Percayalah bila kita sudah berhubung baik dengan Allah SWT , maka secara tidak langsung hubungan kita dengan makhluk Allah SWT yang lain dapat dilestarikan dengan sebaiknya yang mampu mengundang redha dariNya.InsyaAllah. “Hidupkan untuk memberi begitu juga ilmu adalah untuk dikongsikan”

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here