Home HIBURAN Hyuna Dimasukkan Ke Hospital

Hyuna Dimasukkan Ke Hospital

838
0
SHARE

Di saat ahli kumpulan 4Minute yang lain sedang sibuk membuat persiapan untuk mempromosikan album mini keempat mereka, Hyuna pula jatuh sakit dan sedang terlantar di hospital.

Laporan media mengatakan Hyuna mengalami demam panas dan dehidrasi menyebabkan dia ditahan wad pada hari Isnin lepas.

Walaupun semakin pulih dan keadaanya dikatakan tidak kritikal, dia masih perlu menunggu keputusan perubatan sejak dari semalam.

4Minute sebelum ini telah membuat kemunculan semula melalui album mini terbaru mereka dan malangnya ahli kumpulan yang lain terpaksa mempromosikan album itu berempat sahaja tanpa kehadiran Hyuna.

 

hyuna

 

 

Mereka berempat khabarnya telah terlibat dengan pra-rakaman program muzik terbitan, Inkigayo yang dijangka ditayangkan pada Ahad ini.

Berita baiknya, single terbaru 4Minute berjudul What’s Your Name merupakan salah satu daripada 10 lagu popular di dalam carta muzik selepas 10 hari ianya dikeluarkan.

 

Kumpulan 4Minute

 

4minute

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here