Home HIBURAN Gambar Penggambaran Filem Manisnya Cinta Lakonan Nur Fazura & Shaheizy Sam

Gambar Penggambaran Filem Manisnya Cinta Lakonan Nur Fazura & Shaheizy Sam

1324
0
SHARE

Sebelum ini kami ada paparkan beberapa keping gambar persiapan para pelakon untuk menjalani penggambaran filem terbaru arahan Bernard Chauly, Manisnya Cinta Di Capadoccia. Ya, itu tajuk penuh.

Sedar tidak sedar, penggambaran filem ini sudah pun masuk hari ke-9 di Malaysia dan menurut maklumat dari Red Films, filem Manisnya Cinta ini juga akan menjalani penggambaran di Turki.

Seperti dejà vu bukan? Ia mungkin kerana filem Bernard Chauly sebelum iniIstanbul, Aku Datang juga mengambil negara Turki untuk menjadi latar belakang filem yang cukup popular itu.

Manisnya Cinta Di Capadoccia menampilkan Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Faisal Hussein dan Josiah Hogan sebagai teraju utama untuk jalan cerita filem ini selain barisan pelakon yang lain.

Berikut merupakan gambar gambar terkini yang di’muat naik oleh produksi ke laman Facebook rasmi mereka supaya anda boleh dapatkan kisah yang terkini tentang perjalanan filem yang memang di’nantikan ramai ini.

 

manisnya

 

 

sam

 

lisa

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here