Home Uncategorized Along Cham ikut jejak langkah Angah

Along Cham ikut jejak langkah Angah

1180
0
SHARE

Tahun ini dilihat ramai artis di bawah naungan Metrowealth International Group (MIG) memilih untuk keluar daripada syarikat pengurusan yang diterajui oleh penerbit terkenal, David Teo.

Terbaru adalah pelakon komedi Along Cham yang memberitahu dia telah keluar dari MIG pada 14 Mei lalu kerana ingin mengembangkan kariernya sebagai seorang pelakon dan pengacara, sekaligus menafikan spekulasi tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat tersebut.

“Sebenarnya saya sudah keluar dari MIG sejak 14 Mei yang lalu. Ianya dilakukan dengan cara yang baik, sama seperti ketika saya nak tandatangani kontrak dulu.

“Bagi saya, jika kita mempunyai alas an kukuh untuk keluar dari MIG, David Teo pasti akan faham dan menerimanya.

“Janganlah masa sebelum nak dapat tawaran berlakon, kita bersikap baik. Namun bila nak keluar, buat hal pula. Siapa yang tak marah jika ada yang buat perangai begitu?,” ujarnya ketika ditemui di majlis pra-tonton “Bro, Nampak Motor Gua?” di TGV Sunway Pyramid baru-baru ini.

Aktor berusia 30 tahun ini turut menafikan kemasukan Bobo yang terkenal dengan lagu parodi “Sayang” nyanyian Shae sebagai artis baru MIG sebagai salah satu punca dia membuat keputusan sedemikian.

“Ingin saya jelaskan bahawa rasa tidak puas hati saya dengan pihak pengurusan MIG bukanlah penyebab saya mengambil tindakan sedemikian.

“Saya juga ada dengar cerita yang mengatakan saya keluar dari MIG kerana kemasukan Bobo. Ianya tidak berkaitan langsung. Mengarut cerita itu,” jelasnya yang mengakui turut ditawarkan sambungan kontrak, tetapi menolaknya secara baik.

Dalam perkembangan lain, filem terbaru Along, “Bro, Nampak Motor Gua?” arahan Razif Rashid telah mula ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei ini.

Angah dengan Filem baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here