Home HIBURAN Ain Nordin sedia miliki keluarga sendiri

Ain Nordin sedia miliki keluarga sendiri

863
0
SHARE

21 Mei – Pemilik nama sebenar Nurul Ain Nordin atau lebih mesra disapa Ain mengakui bercadang untuk menamatkan zaman bujang bersama jejaka yang sudah dikenali selama empat tahun sekiranya filem pertama arahannya, “Oh Mak Kau” (O.M.K) berjaya.

Tatkala ditanya adakah jejaka yang dimaksudkan itu adalah seorang pemain bola sepak kerana sebelum ini, pelakon dan pengarah berusia 25 tahun ini pernah dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan bersama ahli sukan tersebut.

“Buat masa ini saya tidak dapat beri komen lagi kerana gusar perkara yang terlalu dikecohkan nanti tidak menjadi. Baik saya diam dan lihat sahaja apa yang bakal berlaku. Semuanya terletak di tangan Tuhan. “Jika ada jodoh, kami akan berkahwin dan saya akan maklumkan kepada pihak media,” ujar Ain.

BACA:
Alyah bakal berkahwin dengan Ramli MS?
Gambar-gambar majlis resepsi perkahwinan Jehan Miskin
Pekin dan Uqasha kahwin tahun hadapan?
Puteri Sarah nafi bercinta dengan Syamsul Yusof

Namun begitu, pengarah dan pelakon ini tampak begitu teruja apabila menceritakan hatinya kini sudah menjadi milik seseorang kerana sebagai seorang wanita yang semakin meningkat usia, keinginan untuk memiliki keluarga sendiri dan menjadi seorang isteri merupakan idaman setiap orang termasuk juga dirinya.

“Umur semakin meningkat, saya nak juga rasa macam mana jadi seorang isteri dan uruskan keluarga.”

Dalam perkembangan lain, filem “O.M.K” sudah menemui penonton pada 16 Mei lalu telah menelan belanja sebanyak RM1.7 juta. Ia turut dibintangi Didie Alias, Jepp dan Shuib Sepah, Syamsul Yusof dan ramai lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here