Home HIBURAN 3R Kembali Selepas 13 Tahun & Kini Mencari Pengacara Baru

3R Kembali Selepas 13 Tahun & Kini Mencari Pengacara Baru

1044
0
SHARE

 

Bakal memasuki musim ke 14 tahun ini, 3R yang sudah 13 tahun tidak bersiaran, kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru.

Sebelum ini 3R membariskan nama-nama besar yang sudah sinonim dikalangan pengikutnya. Membariskan Azah Yasmin Yusof, Rafidah Abdullah, Low Ngai Yuen, Kartini Ariffin dan Celina Khor.

Nama nama ini telah melekat dihati pengikut-pengikut 3R dengan memberi impak besar di kalangan pengikut program tersebut 13 tahun lalu.

3R memberi pendedahan khusus buat wanita tentang masalah social yang berlaku dalam masyarakat yang boleh mengubah persepsi penonton bahawa setiap dari masalah tersebut bukanlah satu masalah yang besar dan tidak boleh dielak.

Dilihat dari segi releven nya program ini setelah 13 tahun tidak bersiaran, Penerbit Eksekutif 3R, Datin Paduka Marina Mahathir menjawab,

“Masih ada segelintir wanita di Malaysia yang berasa kurang selamat walhal wanita di peringkat global telah melangkah maju dan sentiasa yakin dalam menentukan hala tuju hidup dan mengejar cita-cita mereka”

“3R membincangkan isu-isu yang berkait rapat dengan remaja dan wanita muda secara terbuka dan tanpa selindung”

Sehubungan dengan itu, Selepas 13 tahun tidak bersiaran, program yang mengetengahkan isu-isu berkaitan kaum wanita ini akan mengadakan uji bakat bagi mencari personaliti baru bagi mengacarakan program tersebut.

 

3r

 

 

3r

 

 

3R

 

Bagi mengulas perkara tersebut, Lina Tan, selaku Penerbit Eksekutif Bersama, Red Comunication Sdn Bhd berkata, menerusi pencarian tersebut, pihaknya akan mengadakan sebuah program realiti khas iaitu Projek 3R di mana seramai 12 orang finalis dipilih menyertai program tersebut dan hanya tiga peserta akan menjadi pemenang sekaligus hos baru 3R.

“Kami mahu mencari wanita muda yang mempunyai pendirian dan idea-idea, mengambil berat dan sentiasa peka tentang isu social. Mereka juga harus berani menyahut cabaran dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan berubah kearah yang lebih sempurna selain dari memiliki rupa paras yang menarik”

Projek 3R yang memaparkan pemilihan hos akan disiarkan bermula 24 Ogos akan datang bersiaran setiap Sabtu jam 6 petang.

Musim terbaharu 3R sebanyak 13 episod akan mula bersiaran pada 20 Oktober 2013, setiap Ahad pukul 7.30 petang. Kedua-dua program berkenaan bakal disiarkan di TV3.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here