Home HIBURAN PM Najib Orang Pertama Terima Kad Kahwin Beego

PM Najib Orang Pertama Terima Kad Kahwin Beego

605
0
SHARE

 

Beego

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu pertama menerima kad undangan perkahwinan pelakon Beego yang akan berlangsung pada bulan Jun depan.

Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, berkata, dia telah menyerahkan kad jemputan itu ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di kediaman Najib di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu lalu.

“Perdana Menteri menjadi individu pertama yang dijemput ke majlis perkahwinan saya pada bulan Jun nanti dan saya benar-benar berharap beliau akan hadir.

“Kebetulan kad jemputan itu baru siap dan semasa hadir ke majlis itu saya mengambil peluang itu untuk menjemput beliau ke majlis perkahwinan saya nanti.

“Bagaimanapun saya memahami jika beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugas hariannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Beego dan artis Linda Hashim merancang untuk bernikah pada 6 Jun depan manakala majlis resepsi pula akan diadakan di ibu negara dua hari kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here