Home HIBURAN Memey Sedang Belajar Pakai Tudung

Memey Sedang Belajar Pakai Tudung

923
0
SHARE

 

Memey

Pelakon Memey Suhaiza masih belum bersedia untuk memakai tudung walaupun tampil membuat kemunculan dengan imej berkenaan di khalayak pada Ahad lalu.

 

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25, berkata, buat masa ini dia dalam proses percubaan untuk memakai tudung dan mahu perubahan itu datang secara semula jadi tanpa paksaan sesiapa.

“Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan.

“Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya,” jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Memey mengulas mengenai gambarnya yang bertudung litup ketika hadir pada hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 9 yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.

Turut hadir ke majlis berkenaan suaminya, Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi.

Selain Mohamad Danish Hakim Memey turut mempunyai dua orang lagi anak tiri iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tiga tahun.

 

memey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here