Home HIBURAN Media Invitation Fashion Pitch Press Conference

Media Invitation Fashion Pitch Press Conference

809
0
SHARE

Pada petang semalam, Terbaek Network dijemput oleh pihak Sime Darby Corporation sebagai wakil media untuk menghadiri satu sesi sidang akhbar berkaitan “Fashion Pitch”  di Sime Darby Convention Centre bersama-sama 10 orang blogger. Sidang akhbar ini adalah gabungan bersama syarikat MyCreative Ventures Sdn.Bhd dan FashionValet Sdn.Bhd.

Team Terbaek Network tiba tepat pada pukul 3 petang bersama Geng-geng blogger dan melepak di ruang lobi utama sambil menunggu rakan blogger lain yang turut dijemput. Dalam 3 minit kemudian, barulah kami diminta masuk ke ‘media room’ untuk mulakan sidang akhbar.

Sesi ini dibentangkan bagi mengumumkan inisiatif terkini disamping memberi peluang kepada penggemar fesyen untuk membentangkan idea, kreativiti dan aspirasi untuk menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen. Mereka yang terpilih layak memohon pinjaman dari MyCreative yang dianggarkan sehingga RM2 juta. Banyak juga kan?

Team Terbaek Network kongsikan sedikit gambar ketika pelancaran tadi untuk tatapan korang.. hehee..

17

31

42

20130426_153254

20130426_162438

21

‘Fashion Pitch’ ini diadakan untuk memberikan anjakan paradigma dalam industri fesyen di  Malaysia. Dalam sesi ini juga turut menerangkan bagi mereka yang berminat untuk memohon perlu mendaftarkan diri pada 31 Mei 2013 yang akan datang. Antara perkara wajib yang pemohon perlu tahu adalah mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai minat dalam industri fesyen untuk menyertai pertandingan ini.

Serba sedikit info tentang MyCreative Ventures & FashionValet :

MyCreative Ventures

Idea pelaburan dari pihak kerajaan bagi membangunkan industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan strategik dan inovatif dalam konsep pelaburan ekuiti atau barang.

FashionValet

Salah satu butik fesyen online pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakaian untuk wanita,aksesori dan beg tangan yang klasik dan siap sedia untuk digayakan. Selain itu juga, mereka turut mengajak pada mereka yang berminat tentang fesyen untuk mencuba sendiri pengalaman membeli belah secara online melalui butik yang serba dilengkapi khidmat pelanggan yang sedia menjawab pertanyaan pengunjung dan menawarkan tips penggayaan terkini.

Pada mereka yang berminat, boleh mengemukakan permohonan melalui email ke fashionpitch@mycreative.com.my  dan boleh memuat turun borang di laman web rasmi mycreative bersama kertas cadangan.

Calon yang disenaraikan akan dipanggil ke sesi pembentangan “pitch day” pada bulan Jun nanti. Pada hari berikut, panel yang akan mengadili adalah wakil dari FashionValet danMyCreative serta dengan kerjasama bersama 2 orang pereka terkenal Malaysia.

Peserta akan dinilai berdasarkan keunikan idea tersendiri.

# team terbaek network rasa peluang ini adalah wajib dicuba oleh peminat-peminat fesyen terutama pereka fesyen dan mereka yang meminati untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

Semoga berjaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here