Home Uncategorized Seorang askar gugur, tiga pengganas maut

Seorang askar gugur, tiga pengganas maut

626
0
SHARE

 

 

LAHAD DATU – Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu di sini.

Dalam pertempuran pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.50 petang itu, seorang lagi anggota tentera cedera.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota keselamatan yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau manakala seorang lagi anggota tentera yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di pipi dan dirawat di Hospital Tawau.

Menurut beliau, pertempuran itu bermula pada pukul 7.30 pagi ketika sepasukan anggota keselamatan membuat operasi pembersihan di Sungai Nyamuk dan berjaya mengesan lima anggota pengganas.

“Sebaik kumpulan lima pengganas itu terserempak dengan pasukan keselamatan, berlaku pertempuran tetapi kumpulan pengganas itu berundur,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan terus menjejaki puak musuh sebelum berlaku pertempuran kali kedua bermula pada pukul 10.45 pagi hingga pukul 1.30 petang, kira-kira empat kilometer dari kawasan pertempuran pertama.

“Dalam pertempuran kali kedua ini, seorang wira kita gugur manakala seorang lagi cedera.

“Pasukan keselamatan juga berjaya menembak mati tiga daripada kumpulan pengganas itu,” ujar beliau.

kredit by informasi dot my

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here