Home HIBURAN Terbaek Pagi: Manfaat dan kelebihan bangun awal

Terbaek Pagi: Manfaat dan kelebihan bangun awal

748
0
SHARE

Assalamualaikum dan Salam mesra dari kami team Terbaek Network

Orang kata bangun awal pagi adalah sangat bagus dan banyak manfaatnya, saya harap anda yang sedang membaca info ini adalah antara orang2 yang bangun awal atau orang yang ingin berubah untuk terus berjaya di dunia dan di akhirat..

Saya malas nak berceloteh panjang lagi kerana saya ingin berkongsikan anda satu artikel terbaek untuk anda yang bangun awal..
bangun pagi

Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.

Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

“‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”

Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya.

Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dsb.

Rezeki ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah swt dan dapat dimanfaatkan manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apa sahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki.

Orang yang mendapat rezeki yang banyak dan mudah disebut murah rezeki. Murah rezeki yang halal itulah harapan dan hasrat setiap orang yang mengharap keredhaan Allah

sumber dari : Pak Yoep

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here