Home Uncategorized Mengenal Pasti Masalah Usahawan

Mengenal Pasti Masalah Usahawan

836
2
SHARE

Langkah Pertama untuk berubah menjadi seorang usahawan yang terbilang adalah menerima hakikat bahawa kadang kadang anda mempunyai masalah dan setiap manusia yang hidup didunia ini pasti ada masalah, tetapi setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya.

Seperti pokok yang bergoyang berpunca daripada angin yang bertiup, begitu juga usahawan yang menghadapi masalah mesti ada puncanya.

Ciri-ciri Usahawan Bermasalah

Justeru, kenal pasti ciri-ciri usahawan yang bermasalah dan tingkatkan potensi anda sebagai seorang usahawan yang sifar daripada masalah:

1. Ingkar

Sikap ingkar termasuklah mengingkar perintah Allah serta nasihat pasangan, orang tua dan orang yang lebih berpengalaman. Ingkar merupakan masalah utama bagi kebanyakan usahawan. Justeru , muhasabah dan nilai diri masing-masing, adalah anda menghadapi masalah ini? Jika seseorang mengingkar perintah Allah, Maka Apa-apa pn petua yang akan dikemukakan nanti langsung tidak akan memberi kesan.

2. Jahil

Jahil bagi seorang usahawan bermaksud tiada tiada ilmu dalam selok belok perniagaan, tidak tahu teknik dan kaedah berniaga, tidak mahu belajar, bertanya, berbincang dan mengikut jejak langkah orang yang berjaya dalam perniagaan.

3. Bodoh Sombong

Orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. Bukan sahaja tidak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau orang lain memberi pandangan, dia akan marah, kecil hati, ambil hati dan berkelakuan sombong.orang seperti ini juga tidak mahu menerima dan mendengar pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut sangat baik dan bernas.

4. Tidak Beramal Dengan Ilmu

Terdapat orang yang sudah mendengar nasihat dan mempunyai ilmu, tetapi sayangnya dia masih tidak beramal dengan pengetahuan tersebut. Jika mengamalkan sekalipun, dia masih tidak istiqamah dalam melakukannya.

5. Matlamat Tidak Jelas

Terdapat orang yang memasuki dunia perniagaan dengan matlamat yang samar-samar. Dia tidak jelas dengan skop barang atau perkhidmatan yang diperniagakan dan kecintaannya bukan pada perniagaan. Orang sebegini selalunya:

– Berniaga kerana terpaksa.

– Mewarisi perniagaan keluarga,  bukan perniagaan sendiri.

– Membantu perniagaan suami atau isteri separuh hati.

– Pengurus yang dibayar gaji.

– Lemah minda dan tidak mampu mengikuti perkembangan perniagaan kontemporari.

– Tidak mampu membakar semangat diri sendiri.

SHARE

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here