Home HIBURAN Hotel Terbaek : Hotel ini terletak di puncak gunung

Hotel Terbaek : Hotel ini terletak di puncak gunung

724
1
SHARE

 

Jika anda yang tiada masalah gayat, mungkin boleh mencuba penginap di hotel tepi curam puncak gunung Mont Blanc, Itali ini.
Hotel kabin yang berbentuk silinder ini dihasilkan oleh sebuah syarikat Itali, Leap. Hotel ini dibina pada ketinggian 2,835 meter di atas puncak gunung tertinggi Eropah dengan menggunakan helikopter.
 
Menurut Leap, hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menginap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki gunung tersebut.
Rekaan mesra alam dengan kos penghasilannya lebih kurang 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi dengan 12 buah katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap yang besar untuk memberikan pengalaman kepada pendaki melihat pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc.
hotel terbaek
Struktur kayu hotel itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan membolehkan  ia dipindah menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here