Home MAKANAN Petua Goreng Ikan Yang Wajib Anda Tahu

Petua Goreng Ikan Yang Wajib Anda Tahu

726
0
SHARE
Petua Goreng Ikan Yang Wajib Anda Tahu

 

Berikut merupakan petua yang perlu anda tahu apabila hendak menggoreng ikan.

1.Basuh Ikan Dengan Bersih

Percikan – percikan minyak ketika menggoreng ikan disebabkan lendir ataupun cairan yang masih ada pada ikan. Sebaiknya, anda memastikan ikan dibasuh dengan bersih daripada lendir.

Bagi memastikan ikan ini bersih dari lendir, anda boleh membasuh ikan tersebut menggunkan limau nipis, asam jawa ataupun tepung. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu lumurkan sahaja salah satu daripada bahan tersebut pada ikan, kemudian barulah anda basuh dan cuci ikan tersebut.

2.Pastikan Minyak Cukup Panas

Sebelum menggoreng, anda perlu memastikan minyak di kualai berada dalam keadaan yang panas dan sesuai untuk menggoreng. Ini bagi mengurangkan risiko ikan melekat pada kuali. Keadaan minyak yang kurang panas akan menyebabkan, ikan tidak dapat masak dengan sempurna apabila digoreng.

Petua Goreng Ikan
Bab menggoreng ikan sahaja, perang pun bermula di dapur. Penutup periuk, pinggan, tudung periuk semua guna untuk elak daripada terkena percikan minyak. Paling tragis bila ada yang sanggup gunakan topi kaledar. untuk lebih keselamatan kononnya. Mulalah ayah membebel bila hendak keluar ke pekan, tapi topi keledar dah kena rembat.

3.Ratakan Bahan Salut Pada Ikan

Jika anda menggunakan kunyit dan garam untuk menggoreng ikan, pastikan garanm dan kunyit telah diratakan pada semua bahagian ikan. Pastikan juga anda menggunakan garam halus bagi mengelakkan minyak merecik-recik apabila garam larut pada minyak panas. Jika anda ketiadaan garam halus, anda boleh menumbuk terlebih dahulu garam kasar sebelum disalutkan pada ikan.

4. Bungkus Menggunakan Daun Pisang / Daun Kunyit

Selain cara di atas, anda juga boleh membalut ikan yang telah anda lumurkan bersama bahan salut ataupun rempah menggunakan daun pisang ataupun daun kunyit. Pastikan balutan anda betul-betul rapi supaya air ikan dalam balutran anda tadi tidak terkeluar sewaktu menggoreng. Kaedah ini boleh juga anda gunakan jika untuk membakar ikan. Aroma masakan ikan juga akan lebih berbau wangi dan lebih menyelerakan.

Selamat mencuba setiap petua yang telah kami kongsikan. Semoga petua ini bermanfaat untuk digunakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here