Cara Bakar Kalori Dengan Mudah

Cara Bakar Kalori Dengan Mudah

544
0
SHARE

Berjalan Kaki 10,000 Langkah Sangat Sesuai Dipraktikkan Bagi Individu Yang Mempunyai Berat Badan Yang Berlebihan Atau Obesiti .Ini Sebabnya
.
Kita biasa mendengar tentang program berjalan kaki 10,000 langkah sebagaimana yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menggalakkan rakyat Malaysia supaya aktif dan cergas.
Cara Bakar Kalori Dengan MudahIni adalah salah satu inisiatif yang sangat baik untuk dipraktikkan bagi mengurangkan peningkatan kadar penyakit tidak berjangkit yang saban hari meningkat akibat gaya hidup yang tidak sihat.
.
Tahukah anda, program berjalan kaki 10,000 langkah adalah salah satu kaedah yang diimplementasi dari syarikat jepun yang mengeluarkan alat pengesan langkah dikenali sebagai ‘Pedometer’ atau dalam bahasa jepun ‘manpo-kei’ pada tahun 1960.
.
Dalam ertikata lain,ianya adalah merupakan suatu strategi yang sangat berjaya dalam aktiviti pemasaran syarikat tersebut dimana ianya telah memberi impak yang berterusan sehingga kini.
.
Pelaksanaan 10,000 langkah dalam tempoh 1 hari adalah sangat mencabar bunyinya,akan tetapi ianya adalah merupakan keunikan yang paling utama didalam mencapai gol tersebut.
.
Merujuk kepada satu kajian yang telah dijalankan,pelaksanaan aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah setiap hari secara konsisten berterusan dapat mengurangkan kadar tekanan darah dan memberi kesan yang positif kepada paras glukosa didalam darah .
.
Sekiranya individu yang obes atau berlebihan berat badan tidak biasa melakukan sebarang aktiviti fizikal dan tidak tahu apa yang harus dilakukan bagi memulakan perjalanan menyingkirkan lemak-lemak tersebut,ini aktiviti yang sangat sesuai.
.
Ianya dikategorikan sebagai jenis senaman yang berimpak rendah dan tidak membebankan lutut.
.
Sekiranya anda yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti,adalah sangat membahayakan lutut jika anda terus ke trek larian dan kemudiannya berlari.
.
Oleh sebab itu,senaman berjalan kaki adalah sangat sesuai untuk anda.
.
CEO syarikat Apple menggelarkan aktiviti terperap dalam pejabat dan menghadap kerja diatas kerusi sepanjang hari sebagai ‘Kanser Alaf Baru’ dan sebab itulah dengan sedikit inisiatif kita bagi menggerakkan anggota fizikal, kita dapat mengurangkan risiko yang menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit.
.
Anggaran kalori yang dibakar bagi jumlah keseluruhan berjalan kaki adalah 400 kcal.
.
Kesimpulannya, program berjalan kaki 10,000 langkah adalah pilihan terbaik bagi mengekalkan kesihatan pada tahap yang optimum selagimana anda konsisten melakukannya.
.
Selamat maju jaya!
.
Artikel Berkaitan15 Jenis Latihan Abs Yang Boleh Dilakukan Di Gym

.
.
Mahukah tuan/puan dapatkan supplement pembakar lemak yang telah membantu ramai orang berjaya mengurangkan berat badan mereka?
.
Merperkenalkan 6TROPIN FAT BURNER yang didatangkan dalam perisa buah beri yang sangat sedap dan mudah disediakan.
Cara Bakar Kalori Dengan MudahCara Bakar Kalori Dengan MudahIanya berfungsi menukarkan LEMAK kepada TENAGA.
.
Meningkatkan KAPASITI AEROBIK bagi memanjangkan tempoh PEMBAKARAN KALORI secara berterusan meskipun LATIHAN FIZIKAL anda telah BERAKHIR!
.
Untuk Pertanyaan berkenaan 6tropin boleh terus hubungi HOTLINE kami di talian +60133453207

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY