Home BISNES RIZQ Islamic School, Revolusi Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa !

RIZQ Islamic School, Revolusi Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa !

1134
0
SHARE

Penubuhan RIZQ ISLAMIC SCHOOL memberikan nafas baru untuk anak-anak di Malaysia, satu kelainan yang dibawa oleh 4 orang belia telah mencetuskan revolusi tahfiz moden yang bertaraf antarabangsa. Bertitik tolak dengan iltizam yang sama iaitu untuk melihat lebih ramai profesional Islam dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan moden yang diterapkan dengan elemen tahfiz menjadi objektif utama penubuhan Sekolah Rendah Islam RIZQ.

Sekolah yang mendapat kelulusan penuh dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada Julai yang lalu membuatkan sekolah ini sebuah sekolah yang mempunyai satu sistem mengikut sekolah rendah yang ada di Malaysia, dengan adanya kelulusan penuh, sekolah ini akan menjadi seperti sekolah2 kerajaan yang lain yang mempunyai kod sekolah yang tersendiri dan membolehkan pelajar2 disini mengambil UPSR di dalam sekolah ini sendiri. Besar kan pengiktarafan bagi sekolah jenis swasta ni? Ini adalah berkat usaha 4 orang anak muda yang tak pernah putus asa menyebabkan sekolah ini menjadi segemilang ini !

Beberapa hari lalu sempat singgah ke Rizq Islamic School di Kajang yang merupakan The First International Tahfiz in ASEAN. Pada permulaannya dan first impression masuk ke sekolah ini, terasa aura positif menyelinap masuk dalam tubuh dengan melihat suasana yang positif sekitar sekolahnya dan selepas menjumpai Founder dan kesemua backbone untuk RIZQ SCHOOL, ternyata ia sebuah sekolah yang sangat hebat ! 4 orang anak muda yang punyai semangat juang yang tinggi dan ingin menambah baik sistem pendidikan yang berkaedahkan ‘fun learning’ membuatkan ia satu sekolah yang berbeza dan ini secara tidak langsung membuatkan kanak2 seronok untuk datang ke sekolah sebagaimana yang diterapkan di negara Finland. Method yang berbeza yang meyakinkan para pelajar disini akan melahirkan seorang Hafiz Quraan serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang Akademik.

Walaupun sekolah ni sudah diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia, kesemua sistemnya mestilah diguna pakai mengikut aliran KPM. Perbezaan di sekolah ini ialah ia mencantumkan Kokurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dengan Pengajian Tahfiz AlQuraan yang secara khususnya ia sangat berbeza dengan sekolah yang lain! Yang membuatkan ia lebih menarik adalah METHODOLOGY OF LEARNING yang diinspirasi oleh negara Finland dan juga Japan untuk diaplikasikan dalam sekolah ni. Apa yang menarik untuk kedua negara ni ?

Finland – Fun Learning and Happy Teaching.
Kalau anda tengok sistem di finland, mereka tidak mematikan anak2 yang masih kecil yang naturalnya adalah mahu bermain. Pelajar disini akan belajar berkonsepkan ‘play-based approaches, imagination and self-discovery’.  Tidak menjadikan kelas sebagai satu bilik fobia yang hujungnya mahu result di atas kertas yang tentera semuanya tulisan A+ semata , mereka di sana tidak mematikan sikap budak2 yang ingin bermain dan dalam pada yang sama menerapkan pembelajaran yang sangat effective kepada mereka sambil bermain. Proses pembelajaran yang berterusan tak kira dimana jua kanak2 tu berada. Mereka membuat satu praktis dimana : “Let children be children”, “The work of a child is to play”, and “Children learn best through play”. Best kan ! ^^

Japan – The Japanese Values
Menerapkan good value seperti Self Discipline (Hansei), being Harmonious (Kyochosei) and being Healthy (Jobu na). Contohnya, setiap kelas akan ada lebih kurang 20 student, dan SETIAP student WAJIB ada position masing2 seperti, ketua sukan,ketua agama, ketua kebersihan dan etc yang setiap hari setiap individu akan menjalankan tugas masing2. Dari kecil ia mementingkan SOFT SKILLS with the right nature of child. Setiap pagi juga setiap pelajar disini akan diberikan YAKULT sehari sekali untuk kekal sihat ! (Jangan risau founder dia seorang Doctor Medical) Haa osem tak ?

Fakta yang lebih menarik, sekolah ni ada satu SPECIAL MODULE bagi pelajar untuk discover,explore dan develop. Mereka tubuhkan beberapa Kelab @ Persatuan untuk pelajar2 mengambil bahagian contoh kelab yang ada : Doctor, Police, Chef, Architect, Lawyer, Entrepeneur, Astronomi, Media dan Robotik. Untuk pengetahuan juga setiap Kelab ada bilik persendirian masing2 tau untuk jalankan aktiviti diaorang tu.

whatsapp-image-2016-09-26-at-9-18-33-pm whatsapp-image-2016-09-26-at-9-19-22-pm whatsapp-image-2016-09-26-at-9-19-25-pm whatsapp-image-2016-09-26-at-9-35-35-pm whatsapp-image-2016-09-26-at-9-35-36-pmBila tengok sendiri bagaimana sistem pembelajaran kelab2 ni menjana soft skills pelajar diaorang, the exposure and flow process untuk belajar setiap satu kategori kelab ni sangat berkesan. The process of learning and build the soft skills really fun and excellent !

Tak lupa juga pembelajaran ilmu Agama yang modulnya telah diberikan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor. Ada 4 cabang pembelajaran ilmu agama disini, untuk pengetahuan ia seperti pembelajaran di sekolah Tahfiz. Antara isi pembelajarannya :

Hifz Al-Quran
1- Mushaf Al-Quran
2- Quranic Translations
3- Memorization
TAJWID
Introduction of Tajwid
Tafsir Al-Quran
Basics of Tafsir Al-Quran
Adab Hamalatul Quran
Basics of Adab Hamalatul Quran

InsyaAllah anak2 disini bukan bijak dari segi pembelajaran duniawi sahaja bahkkan dari segi rohani juga HEBAT ! Sekolah ni ada kerjasama dengan Syeikh Muhammad Bin Abdun Nabiy dari Universiti Al-Azhar Mesir yang juga merupakan International Advisor di sekolah ini untuk mendengar bacaan2 hafazan dari pelajar2 dalam sekolah ni.

Banyak lagi benda menarik nak dikongsi, tapi kalau sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk sini :

Website     : http://rizq.edu.my/
Facebook   : https://www.facebook.com/rizqschool/
Twitter      : https://twitter.com/RIS_School
Instagram : https://www.instagram.com/rizqislamicschool/

Secara visinya mungkin sekolah ini dapat melahirkan THE NEXT IBNU SINA, AL RAZI , ABU RAIHAN AL BIRUNI, IBNU BATTUTA, AL KHAWARIZMI ataupun IBNU HAITHAM dan lain2 lagi tokoh2 Islam yang hebat. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Quran bukan didalam solat sahaja, ia merangkumi segenap aspek kehidupan.

Secara personal, this school its not against any system, but its all about a matter of choice. Its up to them (parents) macam mana nak bentuk anak mereka untuk jadi terbaik.

Teringat kata Saidina Umar Al-Khattab r.a : “Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zamanmu”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here