Home SEMASA Perkhidmatan Teksi Semakin Pudar. 10,000 Pemandu Teksi Berhenti Menamatkan Servis Mereka

Perkhidmatan Teksi Semakin Pudar. 10,000 Pemandu Teksi Berhenti Menamatkan Servis Mereka

2588
0
SHARE

Hangat isu ini diperkatakan oleh rakyat Malaysia harini, ramai yang mengatakan kegagalan kerajaan menyelesaikan isu Uber dan Grabcar menyebabkan 10,000 daripada 38,000 pemandu teksi di Lembah Klang, terpaksa memulangkan semula kenderaan mereka kepada syarikat pemilik permit sejak awal tahun lalu.

Revolusi perkhidmatan Uber dan Grabcar yang menggunakan Aplikasi untuk membuat tempahan servis yang laju dan pantas yang merupakan sebuah inovasi yang terkini membuatkan sistem konvensional teksi agak tidak relevant untuk dunia kini. Kemajuan yang dilakukan akan meninggalkan beban yang semakin sukar untuk ditanggung oleh pemandu teksi, malah bakal mengakibatkan perkhidmatan teksi konvensional di ibu negara akan terkubur !

Ada yang mengatakan seramai 10,000 pemandu teksi terpaksa memulangkna semula teksi kepada syarikat pemilik permit kerana tidak mampu menjelaskan bayaran sewa harian kepada pemilik permit oleh kerana pelanggan yang kian merosot.

Hampir separuh pemandu teksi yang bernaung di bawah persatuan bertindak keluar kerana tidak lagi mampu bersaing dengan kewujudan Uber dan Grabcar. ” Sudah bermacam cara kami guna termasuk di mahkamah, tolong bantu kami, jika perkara ini berterusan perkhidmatan teksi akan berakhir dan saya sendiri ada keluarga perlu disara kerana saban hari pendapatan pemandu teksi semakin merosot ” Kata Kamarudin Mohd Hussain – Pengerusi PERS1M.

Kehadiran Uber dan Grabcar ibarat mimpi buruk buat pemandu teksi, khususya yang menjadikan pekerjaan servis ini sebagai pekerjaan tetap mereka. Ketika ini kebanyakan pemandu teksi hilang sehingga 50% daripada pendapatan yang lazim yang mereka perolehi. ” Bagi pemandu teksi sepenuh masa, mereka kini terpaksa menambah jumlah jam bekerja sehingga ada yang tidak sempat berehat ” – Pengerusi Persatuan Teksi Berwawasan Putrajaya Dan Selangor , Saari Omar.


Ini pula reaksi rakyat Malaysia mengenai isu ini 
taxi-uber-grabcar-kata-pengguna

Ada betulnya juga kata-kata mereka ni semua, perkhidmatan teksi kena keluar dari cara konvensional yang mereka bawa dari dahulu sehingga sekarang yang sama sahaja. Cendawan semakin hari semakin tumbuh dan mekar menjadi lebih baik. Kita boleh ambil pengajaran seperti mana kejatuhan jenama Nokia yang suatu ketika dahulu merupakan sebuah syarikat yang terkenal dengan dunia teknologi tetapi harini anda lihat kemana syarikatnya sekarang? Tiada. Pemilihan yang banyak harini membuatkan pelanggan mulai mencari servis yang lebih baik, selesa, selamat dan sebagainya. Mahu ataupun tidak, Perkhidmatan teksi kena mengakui bahawa mereka perlu upgrade untuk menjadi lebih baik dari Uber dan Grabcar. Mendominasi servis suatu ketika dahulu tidak menjadikan kita RAJA untuk selamanya. Mungkin seterunsya perkhidmatan internet pula menjadi isu selepas ini ? TMNET.

Apa komen anda ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here