Home BISNES Perang bidaan meletus, Twitter Inc ingin menjual syarikatnya

Perang bidaan meletus, Twitter Inc ingin menjual syarikatnya

749
0
SHARE

Salah sebuah syarikat sosial media yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Twitter Inc. berkemungkinan akan menjual syarikatnya yang melibatkan lebih 300 orang pekerjanya diberhentikan. Twitter berusaha bagi penjualan syarikatnya dan banyak syarikat-syarikat besar yang menyatakan hasrat untuk membelinya seperti Google, Disney, Microsoft, Verizon, Alibaba Salesforce.com dan banyak lagi.

Yang menjadi masalah kepada syarikat Twitter adalah, berapakah nilaian sebenar syarikat tersebut untuk dibeli oleh pembida? Twitter menjadi public pada akhir 2013 dengan nilaian saham $26/Saham dengan total value bernilai $18 Billion. Selepas saham Facebook mula melonjak, investors cuba untuk membida harga untuk Twitter setinggi $69/Saham. Tetapi selepas pertumbuhan pengguna Twitter menunjukan ‘flatlined’ dan pelbagai usaha untuk meningkatkan keuntungan hilang begitu saja, saham tenggelam serendah $14/saham Jun lalu. Tetapi walaupun pada titik terendah nilai Twitter adalah sekitar $12 bilion, saham masih dilihat sebagai terlalu mahal. Keuntungan bersih tidak kelihatan, jualan suku tahunan menunjukan lambat ke arah flat, dan syarikat itu masih tidak mempunyai pelan strategi pemulihan yang jelas.

Ini menyebabkan prospek yang berpontensi yang mahu membeli menunggu masa saham Twitter untuk terus jatuh. Jika Twitter mengalami satu lagi suku yang mengecewakan, saham mereka akan merosot lagi. Dalam keadaan itu, ini adalah masa yang tidak sesuai untuk Twitter mendekati para pembeli. Ahli lembaga Twitter melaporkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan penjualan pada beberapa bulan ini. Yang lebih meyakinkan sekarang, perkara2 seperti ini akan membuatkan prospek yang ingin membeli Twitter akan terumbang-ambing, bermula dengan firma perkomputeran iaitu Salesforce dan syarikat Induk Google, Alphabet.

larry-page-google

Google merupakan sebuah syarikat yang baik untuk mendapatkan Twitter kerana ia dapat membawa Google untuk berinteraksi dan memasuki dalam  dunia sosial media jika dibandingkan dengan Salesforce. Sudah tentu Induk Google Alphabet adalah pesaing yang kuat dan juga syarikat yang sangat logic sebagai rakan kongsi. Twitter platform yang sangat cemerlang dalam pengiklanan penjenamaan, tetapi ia sedang bersaing kuat dengan Facebook yang boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan yang menyebabkan Facebook menjadi sebuah syarikat iklan Kuasa Digital. Dalam persaingan ini, data pengguna yang besar dari Google boleh membantu dalam masalah di platform Twitter. Sebagai balasan, Twitter boleh membawa Google ke rangkaian sosial yang mereka sendiri tidak boleh membinanya sendiri. (Ingat Google Plus?) YouTube merupakan enjin pertumbuhan utama di Google, juga boleh mendapat manfaat daripada hubungan yang lebih rapat pula dengan Twitter.

Akan tetapi, pada 6 Oktober lepas  Salesforce.com’s  CEO mengatakan Twitter adalah sebuah jenama yang hebat dan permata yang tidak digilap. Twitter mempunyai potensi yang besar dan sesuai bagi model perniagaan Salesforce.com. Dan ditambah lagi oleh Chief Digital Evangelist of Salesforce, Vala Afshar memberikan pandangan peribadi beliau mengenai pembelian Twitter untuk Salesforce.com.

Katanya,kenapa Twitter?

twitter-sold-opinion

Twitter pernah mengatakan pada Septembar lepas akan pemberhentian pekerja-pekerjanya dan menghentikan kejuruteraan di salah satu pusat pembangunannya di HAB TEKNOLOGI BANGALURU. Setakat Jun 2016, pekerja2 di bawah Twitter Inc. seramai 3600 orang pekerja.

disney-company

Isu ini menjadi lebih menarik apabila DISNEY pula menyatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan penasihatnya untuk menilai harga yang sesuai untuk membida Twitter untuk projek ‘ESPN Live Sports Broadcast’ dan juga ‘Oscar’ melalui platform Twitter.

Suatu perdebatan yang hangat sejak beberapa hari yang lalu mengenai urus niaga pembelian Twitter Inc dengan syarikat-syarikat terkemuka dunia.  Sekali lagi ia jelas terlalu mahal untuk syarikat2 di luar untuk membelinya dengan penanda aras yang menunjukan kerugian Twitter sebanyak $400 Juta setiap tahun, yang mana ia satu jumlah yang terlalu tinggi untuk prospek-prospek pembeli. Kini ia bernilai $20 Billion, dan pasti ahli lembaga mereka akan meminta lebih daripada itu apabila perang bidaan meletus. Apapun, semua ini masih lagi spekulatif.

Semoga semuanya berjalan lancar 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here