Ciri Ciri Yang Wajib Ada Pada Orang Bisnes Kalau Mahu Berjaya

Ciri Ciri Yang Wajib Ada Pada Orang Bisnes Kalau Mahu Berjaya

568
1
SHARE
Ciri Ciri Yang Wajib Ada Pada Orang Bisnes Kalau Mahu Berjaya

Apabila didengar cakap-cakap motivator kejayaan dalam bisnes, apa yang mereka cakapkan tentang ciri-ciri yang wajib-ada pada orang bisnes kalau mahu berjaya, gambarannya seolah-olah hanya ‘superhuman’ sahaja yang layak menjadi businessman amat berjaya.

Sebagai contoh, sesiapa yang mahu berjaya dalam bisnes mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti di bawah ini:

+ Mempunyai keyakinan-diri yang tinggi
+ Tidak takut ambil risiko besar
+ Berani mengalami gagal teruk
+ Berani bersaing
+ Berani menempuh segala cabaran
+ Sanggup bekerja sangat, sangat kuat
+ Mesti muka tebal, yakni sikap tidak malu berjualan
+ Pandai mempengaruhi orang
+ Tahan dikritik, dikutuk
+ Bersikap amat positif
+ Mempunyai ilmu bisnes yang bertaraf ‘rahsia’
+ Mesti cekal, tabah, pantang undur
+ Mempunyai otak yang amat pintar
+ Mampu berfikir secara strategik dan kreatif
+ Mempunyai iman yang sangat tinggi
+ Mesti kuat bersedekah
+ Mersikap jujur dan amanah

.

Ada 2 strategi mencapai kejayaan dalam bisnes:

Strategi 1: Kita menjadi businessman luar biasa.

Dalam mengaplikasi strategi ini, sebagai individu, diri kita sendiri mesti mempunyai ciri-ciri macam yang di atas itu.

Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita menjadi businessman yang sangat berjaya.

Kita mesti menjadi superhuman!

.

Strategi 2: Kita membangunkan syarikat luar biasa.

Kita tidak perlu menjadi superhuman. Kita tidak perlu berjaya.

Kita hanya perlu mengajak beberapa individu lain supaya mereka mahu menjadi rakan-kongsi kita, lalu bersama-sama dengan mereka, kita menubuhkan dan menggerakkan syarikat-syarikat yang sangat berjaya.

Kita sendiri kekal menjadi manusia biasa-biasa.

Kelebihan kita adalah, kita seorang yang tidak tamak dengan kejayaan.

Orang-orang lain suka bekerjasama dengan kita. Mereka suka berjaya bersama-sama dengan kita.

.

Kita biasa-biasa sahaja…. Macam orang lain juga. Kita mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan.

Tetapi kita pandai bekerjasama dengan orang-orang lain.

Hasilnya kita dapat membangunkan syarikat-syarikat yang prestasinya luar biasa.

.

Motivator-motivator bisnes di negara kita terikut-ikut mentaliti motivator Amerika.

Budaya Amerika adalah budaya individualistik.

Mereka memuja-muji, mengagung-agungkan, mendewa-dewakan, kejayaan individu-individu superhuman!

Kita pun terikut-ikut….

Kita dorong peserta seminar kita supaya menjadi superhuman.

Mulut kita tidak habis-habis menyebut nama-nama ‘dewa-dewa bisnes’ Amerika.

Dengan menganuti nilai-nilai individualistik budaya Amerika, kita pun mencari-cari businesman tempatan supaya dapat dijadikan dewa-dewa palsu….

Palsu kerana dewa-dewa itu naik dengan menggunakan tali-tali kuasa politik.

.

Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, dan China mengamalkan budaya kelompok.

Tanpa melahirkan ‘dewa-dewa’ bisnes, negara-negara itu mampu melahirkan syarikat-syarikat korporat luar biasa.

Kredit : Puan Ainon Mohd

1 COMMENT

LEAVE A REPLY