Home POLITIK 25 Gambar Haji Terakhir Arwah Tok Guru Dato’ Haji Haron Din Alhafiz...

25 Gambar Haji Terakhir Arwah Tok Guru Dato’ Haji Haron Din Alhafiz oleh Saiful Nang

5921
0
SHARE
tok guru harun din

25 Gambar Haji Terakhir Arwah Tok Guru Dato’ Haji Haron Din Alhafiz oleh Saiful Nang

Saya agak bertuah kerana ditawarkan bertugas sebagai seorang jurugambar membuat coverage VIP dan VVIP semasa mengerjakan haji beberapa tahun lalu. Lebih bertuah ialah bila salah seorang dari jemaahnya ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Haron Din Alhafiz (TGHD). Beliau bersama dalam pakej Zamrud yang dikendali oleh Tabung Haji Travel & Services.

Walaupun begitu, antara jemaah-jemaah lain gambar TGHD antara yang paling kurang saya capture. Kenapa? Kerana beliau jarang kelihatan turun ke tempat makan yang menjadi tempat untuk melihat semua jemaah.

Ramai yang buat ibadah umrah, tawaf dan lain-lain ritual secara berasingan tetapi waktu makan tetap sama. Sebab itu saya kurang gambar TGHD. Yang ada ini memang betul-betul saya cari, hendap dan dapat.

Set foto ini saya gunakan hitam putih untuk feel lebih nostalgia dan membangkit kenangan klasik. Kita mulakannya dengan basmallah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Inilah foto yang pertama semasa ketibaan TGHD ke Tanah Suci Mekah. Saya tidak mengikuti penerbangan beliau dan telah sampai beberapa hari sebelum itu untuk standby menyambut mereka.
alharam-403
Foto ini juga semasa ketibaan di basement park & drop di hotel Movenpick Mekah. TGHD mengerjakan haji kali ini bersama isterinya Datin Khatijah Salleh dan rakan-rakannya.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Foto ini sebelum kesemuanya berlepas untuk wukuf. Datuk Pahamin Rajab di sebelah kiri dan rakan baik Allahyarham, Dato’ Othman dan seorang rakan. 
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Semasa wukuf di Arafah. Seimbas sahaja saya lihat Allahyarham kerana keadaan kesihatan beliau, yang ketika itu banyak menghabiskan masa di dalam khemah. Foto ini yang sempat saya rakamkan sebelum khutbah Arafah.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
“Ni gambar ni nanti saya dapat tak?” Itu dialog bersahaja Allahyarham dengan saya. Beliau sangat alert dengan saya yang ketika itu satu-satunya jurugambar yang bersidai-sidai kamera di badan. Sekembali di Malaysia, memang Tabung Haji Travel compile foto-foto saya dan diberikan kepada jemaah. Saya jawab ketika itu “Semestinya Tuan Guru”. Foto ini ialah momen di basement hotel Movenpick Makkah sebelum berangkat ke Mina untuk melontar.
alharam-407
Ini suasana di dalam bas semasa berangkat ke Mina untuk melontar. Allayarham ringkas sahaja orangnya dan dilihat sentiasa tidak renggang dengan isterinya.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Ketika ini, Allahyarham TGHD sudah tidak tahan lagi. Memang beberapa hari kebelakangan itu beliau tidak turun makan disebabkan masalah kesihatan. Inilah momen semasa keberangkatan untuk melontar jumrah. Beliau ditolak di kerusi roda oleh petugas THTS.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Moment semasa Ustaz Professor  Dr. Muhd Najib Abdul Kadir pembimbing yang sedang membantu Allahyarham TGHD bangkit dari kerusi roda untuk menaiki escalator di kompleks jumrah di Mina.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kelihatan dalam foto, mantan CEO Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd Datuk Yasmin yang merupakan individu paling tidak cukup tidur sepanjang ibadah haji pakej THTS sedang mengiringi jemaah Pakej Zamrud untuk melontar jumrah. Di belakang beliau yang dikasihi Allahyarham TGHD. Kelihatan Haji Fauzi yang memegang bendera THTS juga dalam foto dan beliau ialah roommate saya semasa di Mekah.
alharam-411
Foto ini saya rakam semasa TGHD sampai ke bumi Mina dari Mekah untuk hari melontar yang kedua. Beliau tidak mampu berdiri dan berjalan jauh atas asbab kesihatan dan sedang menunggu kerusi rodanya.
alharam-412
Saya paling ingat ini action TGHD “TABIK FOTOGRAFER…RESPECT saya pergi mana-mana mesti kamu ada”. Sebenarnya semua jemaah akan cakap begitu. Saya ditanggungjawabkan untuk memotret kurang lebih 260 orang keseluruhannya dan saya akan ditanya jika balik Malaysia ada 1 orang tak terakam pun saya akan kena teow.
alharam-413
TGHD sangat mudah menyapa orang. Dalam keadaan saya mengundur mengambil momen beliau di atas kerusi roda, dia sempat berkata “kamu sangat berdedikasi Haji Saiful…teruskan”. Wahh…TGHD tahu nama saya?? Salam beliau sebentar dan tanya mana kenal nama saya? “Tu besar-besar tulis di jaket kamu”. (Malu)
alharam-414
Petugas THTS membantu TGHD memasuki perkarangan khemah jemaah pakej Zamrud di Mina.
alharam-415
Momen melontar hari kedua. Sebelah kanan beliau Dato’ Othman dari Amona Group dan dia sentiasa ada bersama TGHD serta sangat setia dengan TGHD. Kami diberikan jadual untuk melontar supaya tidak sesak. Di hadapan sebelah kiri foto ini ialah guide yang akan membawa melontar di tingkat dan masa yang ditetapkan.
alharam-416
Keadaan tidak sesak mana bila mengikut jadual dan tingkat yang dikhususkan mengikut maktab. Lagipun, ini pakej-pakej VIP yang kesesakannya tidak seteruk di tingkat yang lain. Setiap tingkat dijaga oleh tentera.
alharam-417
TGHD mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Professor Dr. Muhd Najib Abdul Kadir pembimbing haji pakej Zamrud. Sebentar sahaj doa ini sebelum dipekik oleh tentera menjaga “Hajiiii….HARAMMMM” dan kita kena move on.

[SELINGAN] SETIAP 8 ORANG YANG PERGI UMRAH INI YANG KE-8 IALAH SEORANG ASNAF / YATIM YANG DIBERI PELUANG DARI KEUNTUNGAN PAKEJ 8 ORANG TADI TANPA MENJADIKAN HARGA PAKEJ LEBIH MAHAL. UMRAH JEJAK RASUL MUSIM SEJUK (8-20 DISEMBER 2016) BERSAMA RARECATION. 

umrahjejakrasul
Jemputan ke preview umrah hujung tahun ini pada 1 Oktober. Sila daftar di pautan https://goo.gl/iYQ9ZM ini dahulu.

Umrah ini bukan umrah biasa kerana perjalanannya akan ada penghayatan sejarah, dapat 2 Jumaat satu di Madinah dan satu di Mekah dengan hotel jarak sehampir 50 meter dari Masjidilharam. Datang untul preview untuk ketahui kelainan umrah ini.

Kita tidak tertumpu pergi ke kebun kurma komersil dan ladang unta tetapi yang bersedia akan ikut kami menjelah sejarah kebangkitan Islam termasuk trip khusus ke Gua Hira’ mendaki pada jam 3 pagi dan Subuh berjemaah di puncak Jabal Nur.

Umrah ini akan diuruskan oleh saya sendiri (Saiful Nang) dan pembimbing oleh Ustaz Shauqi Hasan (Siyassah Syariah, UM) juga pengetua Akademi Insan Prihatin.

 

alharam-419
TGHD dikerumuni jemaah zamrud pada hari terakhir melontar sebelum TGHD nafar awal pulang ke Mekah semula sebelum ke Madinah. Mereka yang di dalam foto ini, mesti akan rasa…foto ini priceless.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kami berangkat ke Madinah dan menginap di hotel Oberoi bersebelahan sahaja dengan masjid nabi.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menungan atau renungan yang tidak difahami. Ketika ini saya sendiri tidak tahu, haji itu ialah yang terakhir
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Di dalam Raudhah di sekitar makam nabi Muhammad SAW. TGHD pernah menyatakan sangat-sangat mahukan mimpi bertemu Rasulullah SAW semasa berada di sini.
alharam-424
Allahyarham TGHD bersama jemaah semasa berhenti di Masjid Quba Madinah
alharam-426
Allahyarham TGHD mudah melayani jemaah yang mahu bergambar dengan beliau. Semua foto-foto bersama beliau saya ambil Alhamdulillah elok-elok sahaja.

 

alharam-425
Cuma saya perlu redho, bila orang ambil gambar saya…hasilnya tidaklah memuaskan sangat tetapi OK lah dari tiada.
alharam-402-2
Foto ini ialah foto terakhir yang saya rakamkan dalam momen haji terakhir Allahyarham Tuan Guru Haji Haron Din Alhafiz. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah dan kematiannya memberikan keinsafan kepada ramai umat manusia akan kesederhanaan.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Tiada siapa tahu bilakah perjalanan terakhir mereka.

Alhamdulillah.

Jurnal foto oleh
SAIFUL NANG

SUMBER:SAIFUL NANG

Sembang Admin:Hibanya hanya Allah yang tahu saat dunia dilambung ombak derita petanda akhir zaman,Ulama’ sanjungan kembali menghadap Ilahi.

SHARE

Penulis bebas yang suka bersembang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here