Home FESYEN Kolaborasi ‘Exclusive’ HATTA YUNA berkonsepkan Nova Flora

Kolaborasi ‘Exclusive’ HATTA YUNA berkonsepkan Nova Flora

1125
0
SHARE

Yunalis Zarai ataupun dikenali sebagai Yuna Zarai merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air kita. Yuna sekarang makin giat melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa untuk berkongsi ‘talentnya’ kepada seluruh dunia, dan sekarang Yuna pergi lagi jauh dengan menceburi dalam dunia fesyen bersama Hatta Dolmat yang juga merupakan seorang pereka fesyen yang terkenal dan seorang kawan rapat kepada yuna sebelum Yuna menempa nama di Amerika Syarikat lagi.

Pereka fesyen Hatta Dolmat telah berkawan dengan Yuna sejak tahun 2011 lagi dan dimana disitulah bermula Yuna membina ‘trust’ bersama Hatta dan harini terciptanya kolaborasi ‘Exclusive’ antara mereka berdua dengan menamakannya sebagai HATTA YUNA. Selain dari bidang nyanyian, Yuna juga bergiat aktif dalam perniagaan yang melibatkan fesyen yang seperti kita tahu Yuna sudahpun ada jenamanya sendiri iaitu 14NovbyYunaZarai.

Meskipun Yuna mempunyai brandnya sendiri, Yuna mahu menghasilkan sesuatu yang lebih besar untuk pengemar fesyen di luar sana dengan membuat kerjasama bersama Hatta Dolmat. Kolaborasi HATTA YUNA membawa konsep NOVA FLORA yang bermaksud Bunga Flora Baru. Kalau korang sendiri tengok konsep designya semua ada elemen bunga-bunga yang bewarna-warni. Memang nampak vintage and classy look !

yuna-1yuna-2

yuna-4

yuna-5

Menurut Hatta, dia seronok untuk kolaborasi dengan Yuna bukan sahaja disebabkan Yuna merupakan kawan baiknya, tapi tambahnya lagi Yuna merupakan seorang yang dapat memberikan inspirasi yang besar kepada ramai orang khususnya rakyat Malaysia. Walaupun ia merupakan suatu ‘kerja’ tapi ia merupakan satu kerja yang seronok. Tahun sebelum ini, Yuna pernah menjadi ikon kepada kempen Hatta Dolmat bagi KL Fashion Week RWT 2015, dan tahun ini Yuna bekerjasama dengan Hatta bagi menghasilkan sebuah koleksi yang seharusnya dimiliki oleh wanita-wanita yang gemar kepada fesyen. Kelainan yang Yuna bawa pada kolabrasi ini sangat berbeza dan ada keunikannya yang tersendiri.

Nah kalau korang nak survey sendiri design yang ada :

https://www.instagram.com/hattaxyuna/

Kalau nak beli boleh pergi ke Fashion Valet :

http://www.fashionvalet.com/brands/811/hatta-x-yuna

So apa lagi, jangan terlepas untuk dapatkan koleksi-koleksi HATTA YUNA yang super awesome ni okay ! 🙂

SHARE

Suka berkongsi mengenai apa sahaja yang dapat memberikan manfaat, inspirasi, dan idea kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here