Home MAKANAN Cara Membuat Kulit Popia

Cara Membuat Kulit Popia

25574
0
SHARE
Cara Membuat Kulit Popia

Cara Membuat Kulit Popia | Yang tertanya-tanya macam mana nak buat kulit popia mudah dan senang, dalam blogpost ni saya akan ceritakan secara ringkas membuat kulit popia yang sedap dan mudah.

Cara Membuat Kulit Popia

Cara Membuat Kulit Popia

How To Make Popiah Skin

Cara-caranya:
Sediakan bahan-bahan dulu…
1 kg tepung gandum
2 biji telur ayam
1 sudu besar minyak masak
sedikit garam
air secukupnya

Cara membuatnya:
Mulanya campurkan semua bahan (tepung, telur, minyak, garam) dan gaulkan dengan air sedikit2 sehinga sebati dan menjadi seperti bancuhan cekodok. Biarkan selama 1/2 jam.

Selepas itu panaskan plat (kuali untuk roti canai atau burger) dengan menggunakan api yang perlahan dan sapu serta ratakan sedikit saja minyak diatas plat (untuk elak tepung melekat pertama kali).

Kemudian.. ambil sesuku senduk bancuhan tadi dan letakkan diatas plat dan tebarkan dengan tangan atau skapel burger untuk mendapat kulit popia yang nipis dan rata ketebalannya. Ikut suka untuk jadikannya bulat atau segiempat. Tunggu sehingga masak dan angkat. Teruskan tebaran sehingga habis bancuhan tadi.

Biarkan kulit popia sejuk sekejap dan anda bolehlah mula menggulung popia dengan bahan kegemaran anda dan digoreng atau makan begitu sahaja. Selamat mencuba.

Sumber gambar google.com

Video penuh cara membuat kulit popia yang awesome

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here