Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

1341
3
SHARE
Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest | Rasa janggal pulak saya bercerita pasal sejarah tanah melayu, Dulu masa sekolah bila waktu sejarah mata mula mengantuk dengar cikgu bercerita pasal sejarah portugis,British dan pahlawan melayu. Sejarah tanah melayu masih banyak yang kita tak tahu lagi dan saya pun masih terkial-kial mencari sejarah lampau zaman nenek moyang kita dulu.

Korang jangan tidor pulak bila saya cerita bab sejarah ni ye haha, Biasa kalau kita cerita pasal sejarah ni kebanyakkan orang mengantuk dan mula fikir ke lain gitu. Haha tu la saya dulu masa sekolah tapi bila difikirkan balik sejarah tanah melayu memang sangat berguna bila sesuatu masa kita perlu gunakan.

P1xQuest Mengingatkan Kita Pada Sejarah

Minggu Lepas saya telah terpilih dalam satu Explorace yang dianjurkan oleh P1OMA, Kami semua berkumpul di bangunan Sultan Abd Samad. Adoi tak tahu pulak dekat Dataran Merdeka haha, Semua yang terpilih datang pada pukul 9pagi untuk taklimat dan perkara yang perlu dilakukan nanti. Seramai 6 blogger terpilih termasuk saya sendiri dan beberapa blogger lain.

Objeftif pertandingan ini adalah mencari tempat sejarah daripada 3 tempat berlainan bangunan sejarah yang paling popular di bandar kuala lumpur. Kami semua perlu mengambil gambar yang cantik disetiap tempat dan buat satu kelainan. Setiap kumpulan diberikan token sebanyak rm50 untuk tambang dan makanan sepanjang pertandingan bermula.fuhhh Best pulak Explorace P1xQuest ni hahaha…..

Bangunan KTMB Zaman Keretapi Bermula

Ini adalah checkpoint pertama kami dimana sejarah keretapi tanah melayu bermula. Sampai sekarang anda semua masih gunakan KTM kan? Kami dikehendaki mengambil 3 gambar berlainan yang cantik untuk mendapatkan like terbanyak bersama banner p1connet dan checkpoint pertama. Facebook dan instagram saya perlu kongsikan gambar tersebut. Jom terjah gambar saya haha.

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

 

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

 

 

 

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

Keretapi Tanah Melayu Berhad ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan.

Deringan Pertama Mengimbau Sejarah Muzium Telekom

Ok ini adalah checkpoint kedua kami, Sesat adoi sampai naik 2 kali teksi mencari deringan pertama haha. tu la sejarah cerdik sangat, kami sampai lewat 10minit di Muzium Telekom tapi Alhamdulilah sempat bergambar dan posing2 baik punya hahaha.Nah tengok gambar kami yang tak berapa pandai nak shoot ni 🙂

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

 

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

 

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

Muzium Telekom sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara. Ia terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur. Terletak di persimpangan Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan, bangunan ini yang dahulunya lebih dikenali sebagai Bangunan Wilayah Selangor (Selangor Region) telah siap dibina pada tahun 1928, bercirikan senibina Greek.

Tercipta Satu Sejarah

Ok ini adalah checkpoint terakhir kami, kami dah penat nak berlari hahaha..baju pun dah berpeluh. Disini adalah bermulanya sejarah tanah melayu tercipta. Bagaikan mimpi pulak terkenang nenek moyang kita bersusah payah untuk bebas dari jajahan. Alhamdulilah kini kemerdekaan 57 Malaysia, Jom tengok gambar kami yang paling Awesome.

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

 

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

 

Mengimbau Sejarah Tanah Melayu Dengan P1xQuest

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary’s Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.

Explorace P1OMA Bersama Sejarah

Ok ini adalah kali pertama saya dalam explorace P1OMA tak sabar rasanya nak tahu the next contest haha. Terlebih saya ingin katakan ini adalah satu aktiviti yang sangat best dan mencabar minda. Setiap checkpoint yang kita lalu adalah satu sejarah yang paling kita tak boleh lupa pada Malaysia Tercinta. Agar kita dapat menghayati segala yang tersimpan disetiap sejarah yang berlaku dimalaysia.

Memang sangat best saya dapat terpilih dalam explorace ini insyaAllah mungkin akan datang dapat masuk lagi murah rezeki hehe. Harap lepas ni P1OMA dapat buat aktiviti macam ni lagi yeah hehe. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menyertai dan team saya 😀

Dah abis sembang…korang pergi terjah fb saya KLIK SINI
untuk LIKE gambar saya dalam contest P1xQuest jangan lupa LIKE Share dan komen ye…..

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY