Tempat Menarik Di Macau

Tempat Menarik Di Macau

2786
31
SHARE
Tempat Menarik Di Macau

Tempat Menarik Di Macau – Sebelum TN cerita syukur Alhamdulilah pertama kali dalam hidup TN dapat pergi luar negara. Terima kasih pada AirAsia dan Macau Government Tourism Office (MGTO) yang telah menganjurkan Trip to Macau.

Pertama kali jejak negara orang memang sangat lain yelah kan tempat sendiri dengan tempat orang mana sama semua lain. Bila sampai Macau terlintas difikiran macam mana dekat negara sendiri 🙂 . Syukur Alhamdulilah Macau tempat pertama TN jelajah dalam tahun 2014 ni. Insyallah jika ada rezeki nak bawak mak ayah pergi mekah pula.

Macau adalah tempat jajahan portugis banyak lagi peninggalan dorang yang kita dapat lihat bila sampai sini terutama sekolah dan bangunan yang tinggal sejarah tapi masih lagi dijaga oleh kerajaan Macau dan tempat pelancongan yang sangat menarik dan pemandangan pada waktu malam indah dan best.

Apa yang menarik dekat macau adalah tempat yang setiap kita pergi mesti ada peta yang best untuk mudahkan pelancong singgah setiap tempat yang bersejarah dan tempat menarik di macau tak jauh dari satu tempat ke tempat lain jalan kaki sahaja.

Jika anda hendak cari tawaran hotel terbaik, boleh guna apps HotelsCombined untuk bandingkan harga hotel di Macau dari semua laman web popular

Tempat Menarik Di Macau

Macau Museum Of Art adalah tempat sejarah dan zaman nenek moyang, memang cantik hasil karya dorang tapi sayang TN tak boleh ambil gambar semua di dalam huhu. Sedih kan nampaknya korang kene datang tengok sendiri hasil lukisan yang dulu dan sekarang.

Tempat Menarik Di Macau

Hari pertama di Macau tengok pemandangan laut yang sangat indah dan panas haha masa ni kami semua baru turun dari Flight terus ke sini…lupa dah nama tempat ni.

Tempat Menarik Di Macau

Kalau korang tahu ni bunga apa? cantik warna emas gitu…bunga ni yang melambangkan tempat sejarah macau juga gambar mata wang macau kalau tak silap TN.

Tempat Menarik Di Macau

Grand Prix Museum adalah tempat sejarah pemotoran sejak mula di perkenalkan di macau. Jom tengok gambar seterusnya dengan gambar kereta dan motor.

Tempat Menarik Di Macau

Tempat Menarik Di Macau

Tempat Menarik Di Macau

Tempat Menarik Di Macau

Tempat yang Sempat TN lawat sementara kawan yang lain Shopping di bandar macau yang macam movie china gitu kan. Kalau nak tahu dekat macau ni popular dengan motor skuter taw sebab motor yang ada class atau gear memang susah nak jumpa kalau ada pun satu  dua sahaja.

Terima kasih kepada AirAsia dan Macau Government Tourism Office (MGTO) yang telah pilih kami ke Trip to Macau.

Macau Government Tourism Office (MGTO)
Email: mgto@pacificworld.travel
Website: http://www.macautourism.gov.mo
Facebook: https://www.facebook.com/MY.Macau

31 COMMENTS

  1. Memang terbaek namanya ni dapat pergi fly ke Macau. next time meh ajak aku skali. amacam? hahaha!
    aku nk jadi blogger balik lah. alang-lang meh singgah blog aku meh2. hehehe!

LEAVE A REPLY