Yuna Lancar Album Sulung Di Amerika

Yuna sekali lagi membuat peminatnya di Malaysia berbangga kerana telah berjaya melancarkan EP sulungnya yang berjudul Sixth Street di Indie Pop Studios, Los Angeles petang semalam.  Seiring dengan pelancaran itu, Yuna telah membuat persembahan selama 30 minit dalam showcase maya dan menyanyikan kesemua lagu ciptaannya dalam album yang diterbitkan oleh Verve Music Group, iaitu I Wanna Go, Right Again, Young, Let Love Come Through dan Musician.  Lebih menarik lagi, Yuna tampil bersama penyanyi rap, Kyle ketika mendendangkan lagu Let Love Come Through. Dia juga membuat keputusan memilih lagu I Wanna Go sebagai single pertama album berkenaan.

 

Melalui temubual yang dilaporkan oleh Berita Harian, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai mengakui berdebar menantikan sambutan peminat terhadap album sulungnya itu.  Di samping itu, bagi peminat Yuna di Malaysia yang ingin mendapatkan album Sixth Street, anda boleh membelinya secara online atau dapatkannya di iTunes Malaysia.  Kepada Yuna, kami doakan semoga terus berjaya membawa nama Malaysia serta karya Yuna sendiri ke peringkat antarabangsa. Kami juga yakin ramai yang berbangga dengan pencapaian Yuna ini. Tahniah kami ucapkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

CommentLuv badge